Tiba-tiba seluruh ingatanku terhadap Farid yang jauh nun di Labuan datang mengusik hati ini di pagi hari!
Mungkinkah suasana rumah yang sunyi sepi setelah Encik Suami, Fuad dan Fairuz berangkat ke sekolah, atau kerana Firdaus yang masih lena dalam buaian menyebabkan rasa rindu terhadapnya begitu mencengkam jiwa? Akhirnya pagi ini air mataku tumpah jua setelah 22 hari menahannya daripada berderai! Sesungguhnya rindu ini tidak tertanggung! Oh! Ya Allah..... sesungguhnya Engkau yang menganugerahi perasaan ini buat seorang ibu seperti aku...... Kau permudahkanlah urusan putera sulung kami dalam usahanya mencari ilmu.








