Assalamualaikum.
Bertemu kembali dalam Segmen : Meriahnya Dunia Masakan untuk menambahceriakan lagi perkongsian pelbagai menu dan resepi tanahair kita. Memandangkan di sana-sini sudah terpapar banyak resepi kuih-muih sebagai persediaan menyambut lebaran tidak lama lagi.... he he ehhh melebih-lebih sudah nih! Puasa pun belum lagi sudah cerita tentang hari raya pula! Tapi apa salahnya kan... eloklah kita buat perancangan awal agar segala urusan perbelanjaaan dan sebagainya sentiasa dalam keadaan terkawal, cukup untuk keperluan dan harapnya tidaklah berlaku sebarang pembaziran.
Untuk paparan kali ini Amie dengan penuh hormat dan sukacitanya menampilkan QASEY HONEY yang sememangnya kaya dengan kreativiti dalam menghasilkan pelbagai resepi di dapurnya. Terlebih dahulu Amie ucapkan jutaan terima kasih atas kesudian dan segala sumbangan resepi yang Qasey Honey kirim dalam kumpulan MERIAHNYA DUNIA MASAKAN.
Sesiapa yang berkunjung ke dapur Qasey Honey sudah tentunya tidak melepaskan peluang untuk menjamu mata dengan paparan pelbagai jenis biskut yang cantik terhidang dan sudah tentuknya enak rasanya!
Biskut Almond Beauty
Biskut Kacang Mazola
Biskut Cappuccino Slice
Biskut Mama Oren Cadbury
Biskut Daisy
Fruits Clusters
Dark Chocolate Chip Comfort Cookies
Tart Nenas Conflakes
Biskut Nestum Coffee Nut
Biskut Aiskrim Oreo
Biskut Donut
Biskut Coklat Urai
Chocolate Macarons
Apalagi? Sila pilih biskut yang memikat hati. Anda pasti rasa teruja untuk mencubanya di dapur sendiri. Semoga paparan Amie kali ini memberi manfaat untuk rakan-rakan pengunjung yang mula mencari-cari resepi biskut raya!










