Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4754

Kuala Lumpur - Bangkok - Solat di Kamalul Islam Mosque

$
0
0
Sambungan entri tertunggak. 
Boleh baca travelogue Thailand (Hatyai) Disember 2019 di sini : JALAN-JALAN CARI MAKAN DI HAT YAI.

Seperti biasa, kalau di KLIA2, sarapan pagi mesti di Quizinn by Rasa. Makan nasi lemak, satu set dengan teh tarik. Tak ingat berapa harga sebenar, mungkin RM15 kot... ahaks! Kita pilih lauk ayam masak rendang. Nasi lemak ini dihidangkan lengkap dengan ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, hirisan mentimun dan telur goreng mata.

Memandangkan penerbangan ke Bangkok pada pukul 12:15 tengahari, rasanya bolehlah isi perut dengan makanan berat seperti nasi lemak. Perut pun rasanya ok pula pagi itu. 

Kali ini terbang di awan biru dengan menaiki pesawat MAS.

Dalam kapal terbang pula, dapat hidangan nasi putih berlaukkan ikan dan sayur kobis. Tak larat nak makan nasi, jadi makan ikan sahaja dengan sepotong dua buah-buahan.

Waktu di Thailand lewat 1 jam dari tempat kita. Kami mendarat pada pukul 1:25 waktu Thailand di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

 Dari udara, pemandangan di sekitar lapangan terbang seolah-olah berjerebu.



 Jejak kaki kami diteruskan hingga ke Masjid Kamalul Islam untuk menunaikan solat jamak.


 Masjid yang besar dan cantik ini terletak di tebing sungai Saen Saep.


Selepas mengambil wudhu', kami melalui kawasan ini untuk solat. Ada aroma wangi mengusik deria bau dari haruman kuntum bunga melati yang ditanam di belakang masjid.




 Sempat mengabadikan sekeping gambar di hadapan masjid.

Sumber : WhatsAap Group


Berehat seketika di sini. Ambil angin petang.

Sekian.
Cerita kali ini.... sedang mengumpul mood dan ingatan  untuk menulis perkara yang sudah berlalu... ahaks!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4754


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>