Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4754

Dinner Steamboat : Halal Food Bangkok

$
0
0
Bertemu kembali dalam travelogue tertunggak - Bangkok - Hua Hin.
Kali ini Amie abadikan gambar kenangan sewaktu dinner steamboat di Halal Food Bangkok.

Banyak makanan pilihan yang dihidangkan, tapi tidak banyak yang mampu diterima perut, sebab kantung makan kita tidaklah sebesar mana... ahaks! Jadi, makanlah sekadarnya sahaja asalkan mengenyangkan.



Bila melihat sushi, terlupa pula makanan Thailand... hiks! Walaupun tidaklah 100% rasa sushi yang biasa dimakan, tapi sekurang-kurangnya menyengaulah juga lubang hidung dengan bahana wasabi!

Di sini memang terkenal sangat dengan udang galah. Kena korek bawah ais batu untuk 'pancing' udang galah yang duduk bersembunyi.


Ada juga makanan laut lain seperti siput dan beberapa jenis kerang-kerangan.












Antara  menu yang menjadi pilihan Amie petang itu termasuklah..... beberapa ketul sushi.


 Beberapa keping ikan salmon.

Dan beberapa ekor udang galah. beberapa itu maksud Amie adalah dalam 3 hingga 4 ketul begitu... ahaks!


Seperti biasa di tempat steamboat, pandai-pandailah campurkan pelbagai bahan sos untuk menghasilkan sos sendiri.

 Tuang sos atas ikan salmon panggang!
Oh! Sedapnya!

Kebanyakan udang galah yang dipanggang sedang bertelur.... banyaknya telur yang melekat di bawah perutnya!



Selain seafood, panggang jugalah beberapa keping ayam perap. Cecah dengan sos pelbagai campuran.

Kalau nak makan som tam, kena buat sendiri. Mulakan dengan menumbuk bawang putih saiz kecil dengan kulitnya sekali. Pandai tak? Kita pandai makan saja... ahahaaaaa!

Makan nanas dan mangga dengan garam gula dan serbuk cili ini pun dah cukup nikmat!
Wokey....
Sekian cerita steamboat dari Halal Food Bangkok.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4754


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>