Dari Chocolate Ville, kami terus ke Khwaeng Hua Mak, Khet Bang Kapi, Bangkok untuk daftar masuk hotel. Kami menginap di sini selama 3 malam. Baan Thai Boutique hotel bertaraf 4 bintang.
Sebaik sahaja kami masuk ke dalam, kami disambut dengan ruang lobby yang sangat luas, menuju ke kaunter nun jauh di sanun!
Laluan menuju ke kaunter.
Nampak kemas tersusun rapi, bersih dan cantik.
Barulah sampai ke kaunter. Jauhkan?
Sawadikap!
Jom kita masuk lift, nak segera masuk bilik. Dindingnya pun nampak unik dengan susunan buluh.
Tak ingat, entah pukul berapa masuk bilik malam itu.
Yang Amie ingat nombor bilik 714. Itu sahaja... ahaks!
Assalamualaikum.
Inilah bilik kami. Amie sebilik dengan Umie.
Alangkah seronoknya dapat jumpa air hangat untuk bersihkan diri.
Alhamdulillah.
Dapatlah menunaikan solat jamak dengan selesa.
Sembang beberapa ketika dalam whatsaap bersama anak-anak dan Encik Suami, dan kemudian terus terlelap. di ata tilam dan bantal empuk!
Esok pagi terjaga lebih awal, maklumlah di sini lewat satu jam dari waktu negara kita. Waktu Subuh di sini lebih kurang pukul 5.15 pagi.
Jom turun ke lobby. Kita masuk dewan makan untuk sarapan pagi.
Gambar lobby hotel di waktu pagi.
Sebelum bersarapan, sempat meninjau-ninjau di luar. Inilah rupa Baan Thai Boutique Hotel di waktu siang.
Posing sini dulu buat kenangan.
Jom masuk ke dewan makan.