Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4755

Sedapnya Murtabak Pisang Thailand!

$
0
0
Maaf!
Entri ini bukan paparan resepi seperti kebiasaannya. Ini hanyalah sambungan entri berkaitan jalan-jalan ke Bangkok-Hua Hin tempohari. Ketika kami makan tengahari dengan hidangan tom yam dan som tam, tiba-tiba mata terpandang di belakang kami, sebuah gerai dengan sepasang suami isteri sedang sibuk melayan pelanggan orang kulit putih. Nampak sungguh berselera orang kulit putih itu menikmati murtabak pisang bersebelahan dengan kami. Senyum-senyum dan angguk-angguk kepala pula bila memandang kami.
Walaupun sedang makan nasi, tapi rasa teruja terhadap murtabak pisang membuatkan kami ingin memesannya juga!
Allah! Nasi belum turun ke perut, dah nak makan murtabak pisang pula!
Jadi, selepas selesai makan, kami duduk-duduk di situ lagi sambil memesan murtabak pisang... ahaks! Kata seorang rakan travel, hidangan tengahari tidaklah banyak sangat, jadi ada lagi ruang kosong dalam perut yang boleh diisi! Masing-masing setuju... kah!
Ada yang kata, tamak betul kita nak makan semua benda di sini. Haaa.... orang tamak memang selalu untung. Belum tentu di tempat lain kita dapat merasa Murtabak Pisang Thailand. Bukan tak pernah makan murtabak pisang di tempat sendiri, tapi ada peluang merasa murtabak pisang di negara jiran, apa salahnya kan.
Baiklah kita makan saja di sini. Tak habis makan, boleh kita minta bungkus.

Siapa tidak tergoda selera melihat murtabak yang garing di bahagian luarnya? Jadi, masing-masing memesan murtabak pisang, dengan kata lain Murtabak Pisang Thailand. Apa bezanya dengan murtabak pisang di tempat sendiri?

Mari kita lihat sendiri bagaimana peniaga di gerai ini membuat Murtabak Pisang Thailand yang nampak sedap sangat itu!







 Murtabak Pisang Thailand dah siap!

 Jom makan.
Baca Bismillah sekali lagi...ahaks!

  Sedapnya dapat kulit murtabak rangup!

 Ada yang meminta bubuh sedikit sahaja susu.

 Ada yang minta tak perlu bubuh susu, gantikan dengan kuah kari.
Kata kawan travel, murtabak ini kurang sesuai makan dengan kuah kari.
Maknanya, memang sedaplah Murtabak Pisang Thailand makan dengan susu!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4755


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>