Dari dalam van memang terpikat melihat pemandangan di kiri kanan jalan, di sebelah kanan ada deretan kedai dan restoran yang mempamerkan pelbagai makanan laut yang segar, dan di sebelah kirinya pula pesisir pantai tetapi dipenuhi dengan barisan khemah. kalau nak duduk di kerusi bawah khemah kena bayar sewa. Tapi tak pasti berapa baht.
Tak sanggup rasanya untuk menyusuri pantai Cha Am di bawah panas terik matahari laut! Amie pun bukan jenis yang pandai jaga muka! Memang tak bawa sunblock, jadi memang akan sunburn jugalah bila sudah terkena matahari laut di sini. Huurrmmm... mengenang peristiwa-peristiwa lepas, kalau muka dah sunburn, lama jugalah nak pulih! Sudahlah kulit semakin tua, lambatlah proses baik pulihnya. Itu belum kulit muka menggelupas lagi. Panas matahari sekarang ini, memang tak cukup berlindung wajah hanya dengan menggunakan topi!
Banyak peniaga berjualan di sini, dan boleh santai-santai menikmati angin laut jika banyak masa. Boleh pesan makanan dari gerai dan makanan akan dihantar ke khemah yang kita sewa.
Jom saksikan beberapa aksi di tepi pantai Cha Am.
Cukuplah!
Di mana-mana pantai pun sama saja, ada pasir, air laut dan panas matahari!
Tekak sebenarnya terasalah hausnya! Nak minum air banyak-banyak, takut tak jumpa kamar kecil pula! Baiklah kita tengok apa wanita Siam ini bawa dalam kandarnya!
Ada buah-buahan segar potong.
Setiap bungkus buah dijual dengan harga 20 BAHT, lengkap dengan bungkusan kecil garam gula dan cili. Tak sabar nak rembat bungkusan nanas! Manis.....!
Masing-masing beli buah pilihan. Dah sudah makan buah, driver kami melambai pula dari seberang jalan sambil menunjukkan aiskrim di tangannya.
Jom makan aiskrim kelapa. Boleh pilih apa bahan campuran yang disukai. Di bawah aiskrim ini ada halwa nanas, pilihan Amie. Sedapnya!!!!
Sebelum kami meninggalkan pantai Cha Am, datang seorang wanita bermotosikal menjual ikan lengat. Cantik-cantik ikannya. Tak dapatlah nak beli, tapi dia senyum manis bila kami tolak untuk pelawaannya untuk membeli.