Hari menjelang senja.
Beberapa minit lagi nak buka puasa.
Encik Suami masuk ke dapur bawa setangkai buah mata kucing brazil.
Dah ada yang masak rupanya.
Nampak sangatlah kita ni betul-betul berkurung dalam rumah.
Terlupa bertanya khabar pokok buah mata kucing brazil ini walaupun hanya di depan rumah.
Sebelum PKP memang nampaklah putik-putik buah ini.
Saiz buah mata kucing ini lebih besar berbanding mata kucing biasa. Ada yang lebih kurang saiz bola ping pong dan kalau saiz lebih besar pula boleh menyamai saiz telur ayam gred double A atau AA. Isinya tebal dan manis. Rasanya seperti buah gandingan buah mata kucing, longan dan laici. Dalam setahun, berbuah beberapa kali, tapi tak kita pula 3 atau 4 kali tapi memang selalulah kami makan buah mata kucing gergasi ini.
Kalau musim panas, isi buah ini elok luar dan dalam. Sayangnya kalau musim hujan, maka banyaklah ulat yang duduk di dalamnya.
Kongsi gambar dari entri lama, pokok mata kucing Brazil hybrid di sini: Buah Mata Kucing Brazil dari Taman Firdaus.
Saiznya memang besar.
Inilah rupa isi di dalamnya yang tebal dan manis.
Gambar-gambar dari entri lama ini sudah berusia 7 tahun.