Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4773

Sarapan Nasi Lemak Beras Wangi Kampung di Nulu Dumpiring Homestay

$
0
0

Jumpa lagi dalam coretan kenangan di Kampung Dumpiring Atas. Hari ini, 1 Ogos 2020 bersamaan pagi Sabtu kami sempat menikmati sarapan di Nulu Dumpiring Homestay. Amie masak nasi lemak menggunakan beras wangi kampung. Anak-anak bujang sediakan minuman teh panas dan pinggan di atas meja. Lepas makan, kerja mereka sudah tentulah cuci pinggan. Terdengar beberapa kali keluhan Fuad dan Fairuz apabila tiba giliran mencuci pinggan mangkuk. Katanya, air di sini pelik sedikit. Pinggan tidak bersih walaupun gunakan banyak sabun. Sebenarnya air di sini bukan tidak bersih, tetapi sejuk! Apabila air sejuk bertemu dengan pinggan berminyak, sudah tentulah agak sukar nak bagi pinggan terus licin seperti sediakala!

Hidangan nasi lemak sedang menunggu untuk dijamah!

Rupa bentuk Gunung Kinabalu di pagi hari ketika tidak diselimuti kabus.

Sempat bergambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu sebelum bergerak meninggalkan Nulu Dumpiring Homestay. Terima kasih Encik Mahili kerana sudi ambilkan gambar kami.
Oh!
Sibuk bercerita nak balik, terlupa pula tentang nasi lemak yang sudah terhidang!



Selain nasi lemak, Amie tambahkan kentang goreng dan juga hirisan buah tembikai dalam hidangan.
Walaupun tidak begitu sempurna, tapi dapatlah juga hidangkan nasi lemak bersama lauk-pauknya.
Nasi lemak beras wangi kampung.
Sambal udang.
Ayam goreng.
Telur rebus.
Timun.
Ikan bilis.
Kacang gajus.


Firdaus sudah lama menunggu di meja makan. Marilah kita alas perut sebelum tinggalkan homestay ini.
Nampaknya tercapai jugalah angan-angan untuk cuti santai-santai sambil menikmati hawa sejuk Kundasang bersama keluarga walaupun Abang Farid tidak dapat bersama.
Selepas ini kami akan bergerak ke Mesilau pula, untuk menghabiskn baki satu malam di Cinta Villa Homestay.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4773