Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Pertama Kali Gunakan Foodpanda Online Food Delivery

$
0
0

Sekarang jam menunjukkan pukul 1:30 petang. Encik Suami dan Faiuz baru pulang dari bandar. Encik Suami menemari Fairuz buka akaun bank. Abang Farid dan Firdaus sudah kekenyangan makan tengahari. Fuad pun sudah selesai makan, dan akan sambung kuliah pada pukul 2 petang nanti.

Hari ini kaki agak berat untuk melangkah ke dapur. Dah leka menemani Firdaus menyiapkan kerja sekolahnya, malas pula nak angkat periuk. Sebenarnya sudah masak nasi, dan rendam ikan, dan hanya goreng saja. Sambal tomato pun masih banyak. Makin dipanaskan, makin sedap pula sambal kegemaran anak-anak ini. Tambahkan saja ulam-ulaman sebagai pelengkap.

Setelah hantar tugasan Firdaus melalui aplikasi telegram kepada guru mata pelajarannya, tiba-tiba terfikir pula untuk belajar membeli makanan secara online gunakan khidmat Foodpanda.  Sebelum ini hanya Abang Farid dan Fairuz sahaja yang rajin order makanan guna khidmat Foodpanda, kali ini biarlah Amie pula. Amie beli makanan secara online di Double U Cafe. Tak sampai 30 minit dari masa pesanan, hon motosikal Foodpanda berbunyi di luar pintu pagar. 

Makanan yang dihantar masih panas. Jom sediakan dalam pinggan untuk dijadikan hidangan tengahari.

Mixed Grill

Mixed Grill:
2 potongan lamb & black pepper sauce, chicken & 2 fish, salad, coleslow, french fries & mayonis.


Buttermilk Chicken Rice


Nestum Chicken Rice


Sebentar lagi akan menjelang pukul 2 petang. Jom siap sedia sambung BDR. Nak mandi pun masih sempat lagi ni. BerBDR tidak perlu berpakaian lengkap atau berpakaian rasmi seperti hari-hari bekerja. Pakai kain sarung dengan T-Shirt pun dah boleh bersedia untuk masuk ke dunia maya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>