Cerita tentang kudapan, rasanya ada yang suka sediakan kudapan sambil dikunyah waktu berBDR. Bosan pula rasanya hari ini, sebab rumah sunyi sepi. Encik Suami, Fairuz dan Firdaus ke kampung. Abang Farid dengan kerjanya, begitu juga dengan Fuad. Tiba-tiba teringat Kerepek Cornflakes Sira Pedas yang Amie simpan lebih dua bulan lalu! Ya.... Amie teringat semula pada 13 September 2020, bersama Encik Suami ke Tawau dengan tujuan untuk jemput Abang Farid dan Fuad di Lapangan Terbang Tawau. Kami singgah sebentar di Pasar Tanjung, Tawau dan beli pelbagai jenis kerepek. Rasanya habis semua kerepek yang dibeli kami makan termasuk kerepek ubi, popia rumpai laut, amplang, kuih bangkek, kacang gajus, belinjo sira pedas dan entah apa lagi. Rupanya Kerepek Cornflakes Sira Pedas belum berusik! Masih kelihatan cantik kemas dalam bungkusan, duduk bersebelahan dengan kerepek tempe yang juga belum dibuka. Harap eloklah isinya.
Ini dia Kerepek Cornflakes Sira Pedas. Ada kacang tanah dan ada ikan bilis kecil-kecil. Rasanya sangatlah sedap! Krup kraaap..kruupp kraaappp! Jom makan sambil menanti masa tamat waktu berBDR.
Kerepek Cornflakes Sira Pedas |
Hari ini rasa seronok sangat sebab semua tugasan dan laporan telah berjaya disiapkan dan sudah selamat dihantar ke kayangan. Kepala pun rasa ringan sikit. Esok pagi kena bertugas di tempat kerja pula. Kenalah bangun lebih awal, takut terlewat sampai ke tempat kerja sebab terpaksa melalui sekatan jalan raya (SJR) untuk tiba di sana.