Rehat seketika dari berBDR.
Abang Farid datang dekat kita. Katanya shower cream habis. Kita kata, bukankah banyak lagi sabun mandi berbuku-buku Encik Suami beli. Abang Farid kata, dia mahu gunakan shower cream. Tak mahu guna sabun buku. Encik Suami kata, banyak betul tingkah bujang satu ini!
Amie kata, kalau nak beli pergilah beli.
Abang Farid kata, dia nak beli di Watson. Beli online.
Boleh ke beli online? Hantar pakai apa?
Foodpandalah, jawab Abang Farid.
Aik? Bukan Foodpanda hanya hantar makanan sajakah? Kita tanya semula.
Bla..blaa..blaaa! Memang banyak betul benda dalam dunia ini, yang ada di sekeliling kita, yang Amie tidak ikuti perkembangannya! Ingatkan Foodpanda tu hanya hantar makanan. Ingatkan beli barang lain kena guna runner lain!
Ok. Abang orderlah.
Pakai akaun Mommy ya?
Huurrmmmm!
Abang Farid pun order secara online.
14 minit lagi barang sampai, katanya.
Bukan banyak pun. Dua benda saja yang dibeli. 2 paket shower cream dengan syampoo. Amie tanya, berapa kena caj bayaran penghantaran. Abang Farid kata: Kalau hantar barang, percuma saja.
Ooooo.
Kalau begini, lain kali baiklah beli cara online guna khidmat Foodpanda saja. Penghantaran pun percuma.
Teruk betulkan Mommy Abang Farid ni.
Banyak perkara ketinggalan!
Dan selalu ketinggalan!
Agaknya sekarang sudah mula terjebak dengan perkara-perkara yang dia ketinggalan!