Jumpa lagi di kala senja hampir menjelma. Awal pagi tadi, sebaik sahaja terjaga dari tidur, sudah kedengaran bunyi hujan. Ketika membuka pagar, hujan masih turun tetapi renyai-renyai. Kelihatan takungan air di bawah pokok epal bidara di penjuru laman. Pukul 5:45 pagi, memandu ke tempat kerja, dan di pertengahan jalan jadi agak takut kerana tiba-tiba hujan sangat lebat sehingga tidak dapat melihat jalan raya dengan jelas walaupun buka lampu kereta. Dan sepanjang hari sehingga pulang dari kerja, hujan masih turun! Di sana-sini sudah banyak takungan air!
Seorang rakan sekerja terpaksa pulang ke rumah kerana sang buaya sudah berada di belakang rumahnya! Air sungai sudah melimpah ke daratan! Nampaknya bukan sahaja bujang senang Sarawak bersiar-siar di musim hujan, tetapi di Sabah pun tidak kurang juga bujang-bujangannya! LD banjir! Banyak kawasan yang ditenggelami air. Kalau dengar berita, banjir di sana sini di beberapa daerah di Sabah termasuk Pitas, Kudat, Putatan, Penampang, Tuaran, Paitan, Beaufort dan hari ini setelah beberapa hari hujan, Lahad Datu pun mula ditenggelami air!
Mudah-mudahan segala bencana alam dan mala petaka wabak Covid-19 segera diangkat dari bumi ini. Allahu Akbar!
Itulah antara sembang kami ketika teman berteman bersama Encik Suami sambil menghirup minuman panas teh halia di dapur.
Minum Teh Halia & Kuih Bunga Tausa |
Kuih Bunga Tausa |