Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4756

Secawan Rose Chrysanthemum Tea Panas & Peanut Bar Cookies

$
0
0

Hari ini mendung dan hujan gerimis di sebelah pagi. Temharai pun redup saja. Menjelang petang matahari memancarkan cahayanya tetapi masih berlindung di balik awan. Nyaman saja suasananya. Inilah yang membuatkan kelopak mata hampir terlelap!

Teringat Firdaus belum menyelesaikan tiga lagi tugasan mata pelajarannya, cepa-cepat Amie pergi ke dapur. Ambil sejempu bunga putih rose chrysantemum dan masukkan ke dalam periuk kecil. Tuangkan air dan campakkan beberapa ketul gula batu. Renih dengan api perlahan. Jom cari kudap-kudapan yang boleh dikunyah. Kita temankan secawan rose tea chrysantemum panas dengan peanut bar cookies.

Secawan Rose Chrysanthemum Panas & Peanut Bar Cookies

Peanut Bar Cookies

Harap kelopak mata dapatlah terus segar sebagaimana kelopak bunga rose chrysanthemum ini mekar dari kudupnya! 

Cantikkan apabila kudup bunga rose chrysanthemum ini mula mekar! Ada beberapa kelopaknya timbul ke permukaan cawan. 



Apabila panas berkurangan, kuntuman bunga pun mula tenggelam ke dasar cawan. Cepat-cepatlah hirup sementara masih panas dan harum. Selepas menghabiskan secawan, badan terasa segar dan berpeluh. 
Nak suruh Firdaus sambung buat kerja sekolah, tapi budak kecil itu ikut Encik Suami bersihkan laman. Memang Firdaus suka melihat-lihat tanaman di sekeliling rumah sebab dia boleh melihat burung kecil menghidap madu bunga dan rama-rama berterbangan. Biarlah dahulu Firdaus bermain di laman. Latihan Matematik dan Pendidikan Islam sudah disiapkan. Malam nanti boleh sambung kerja mata pelajaran yang lain.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4756


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>