Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4759

Peranauan Inn D'Sangkir

$
0
0

Setelah meninggalkan Karanahan View, kami singgah sebentar di Peranauan Inn D'Sangkir. Nampaknya tempat ini pun baru sahaja dibuka pada tahun lepas. Kedudukannya di tengah-tengah sawah dengan binaan warna-warni menarik perhtian  pengguna jalan raya yang baru pertama kali melaluinya.

Untuk memasuki kawasan ini kami perlu membeli tiket masuk. Fairuz kata, tandasnya sangat bersih dan cantik.  Cuaca cerah dan panas terik.  Kami tidak lama berada di sini, sekadar ambil gambar sahaja.

Gerbang bentuk hati ini sangat sesuai dijadikan latar  pemandangan bagi sesi fotografi perkahwinan. Memang banyak Amie lihat fotofoto perkahwinan yang dikongsi di FB.


Suatu hari nanti harap dapat datang lagi untuk terjah sawah pula. Kali ini kami sekadar singgah seketika sahaja. Teringin bermalan di sini untuk menikmati suasana matahari tenggelam dan matahari terbit! Tentu pemandangannya sangat indah!







Bergambar di bahagian atas bumbung binaan warna-warni. Dari sini kita boleh menyaksikan pemandangan sekitar, sawah padi yang luas terbentang dan Gunung Kinabalu yang tegak berdiri di belakang sanun.


Ada rezeki dan peluang, mudah-mudahan dapat juga bermalam di sini.


Dari atas bumbung ini, boleh melihat kawasan sekitar yang dipenuhi sawah padi nan menghijau.

Tempat pilihan untuk mengabadikan gambar perkahwinan.



Letih bergambar dan berpanas, Firdaus merehatkan diri seketika di atas buaian.



Sekian.
Cerita ringkas dari Peranauan Inn D'Sangkir Kota Belud.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4759

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>