Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4769

Mee Hoon Sup Ikan Kerapu & Mee Hoon Goreng Ikan Keratang Rangup

$
0
0

Awal pagi tadi ikut Encik Suami hantar Fairuz ke sekolah. Kemudian kami singgah di pasar , dan dalam perjalanan pulang kami berhenti di hadapan sekolah Firdaus. Pagi ini ibu bapa kena hadir ke sekolah untuk mengembalikan buku teks tahun lepas dan menerima buku teks untuk tahun ini. sudah berkira-kira, sampai rumah nanti boleh berBDR. Rupa-rupanya waktu kembalikan buku teks pada pukul 9 pagi, dan kami sampai awal satu jam. 
Huuurrmmm! Inilah akibatnya kalau WhatsAap dipenuhi dengan beratus mesej! Dah tak terlayan, dan tak terbaca mana satu yang penting. Rupanya mesej sudah Amie padam!
Kata Encik Suami, baiklah kita sarapan dulu. Nanti patah balik ke sekolah.
Ada pun kita berBDR dari dalam kereta! Mujur jugalah talian lancar. Jadi, 'bekeja dari kereta' pun berjalan lancar! 
Kami bersarapan di tempat yang paling hampir dengan sekolah Firdaus, iaitu tempat yang sama kami kunjungi kelmarin untuk makan tengahari. Kali ini Amie makan Mee Hoon Sup Ikan Kerapu, dan Encik Suami makan Mee Hoon Goreng Ikan Keratang Rangup.

Atas: Mee Hoon Goreng Ikan Keratang Rangup
Bawah : Mee Hoon Sup Ikan Kerapu

Mee Hoon Sup Ikan Kerapu sudah tiba di meja.
Ikan kerapu dimasak sup bersama mee hoon.

Memang puas hatilah dengan hidangan sarapan pagi ini.
Isi ikan kerapu nampak segar dan cantik!

Kali ini Amie makan tanpa sambal.
Takur perut terkejut di pagi hari.

Memang isi ikan dahulu yang habis sebelum mee hoon!
Nampak tak hirisan halia muda dalam mangkuk mee hoon sup itu?
Encik Suami kata, makan sajalah halia tu. Bagus untuk kesihatan, katanya.


Mee Hoon Goreng Ikan Keratang Rangup Encik Suami datang bersama semangkuk sup kosong. nampaknya mee hoon diselimuti dengan ikan keratang goreng rangup! Oh...ya! Kelmarin ada yang kata first time dengar nama ikan keratang. Ikan keratang ialah sejenis ikan kerapu saiz besar.

Geram punya tengok ikan keratang goreng rangup duduk telangkup atas mee hoon goreng Encik Suami! Kita pun cukailah sekeping! Dapatlah meratah ikan keratang goreng rangup.


Bila sudah kena cukai sekeping ikan, maka terbukalah tirai. nampaklah wajah mee hoon goreng yang sedap itu!
Eh! Nampaknya tak sengaja sudah dua hari termakan ikan di restoran yang sama... ahaks!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4769


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>