Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4768

Kerak Nasi & Serunding Ikan : Kudapan Orang Cocos

$
0
0

Jumpa lagi. Hari ini gantung periuk lagi. Balik kerja terus bantu Firdaus siapkan kerja-kerja PDPR. Rakam suara, hantar hasil tugasan dan menyiapkan latihan subjek Sains, Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Agama Islam & Matematik. Hari ini menangislah pula Firdaus sebab dua jawapan salah untuk subjek Bahasa Arab. Aduhai sayang! Meleleh-leleh airmatanya. Sukar juga untuk budak kecil ini terima kenyataan, padahal 4 muka surat yang dijawab, hanya dua perkataan sahaja yang salah!

Tidak sedar hari sudah menjelang petang, dan masing-masing mencari makanan sendiri! Dah besar panjang, pandai-pandailah kalau nak hidup. Akhirnya setelah kekenyangan, semua putuskan, tak payahlah Mommy masak nasi. 

Wokey!

Jom sembang di dapur sambil menikmati minuman panas dan kunyah kerak dengan serunding ikan. 

Kerak dan serunding ikan.
Untuk cerita lanjut tentang kerak (orang Melayu Cocos sebut 'kerak' sahaja), bolehlah klik di sini: Serunding Ikan Versi Cocos. Amie copy paste ceritanya di bawah ini:

Kalau berkunjung ke kampung MIL, selalu Amie perhatikan MIL menyediakan bahan untuk serunding ikan. Katanya ada orang tempah kerak.
Kerak?
Ha.... kalau nak tahu, kerak merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat Melayu Cocos.
Bukan sebarangan kerak, seperti kerak nasi yang tertinggal di dasar periuk!
Ini kerak buatan sendiri.
Amie pernah melihat sendiri MIL menyiapkan tempahan kerak.
Adeeehhhh..... tak sanggup rasanya melihat MIL menjaga api di bawah kuali menunggu kerak menjadi garing!
Sekarang, kalau nak makan kerak bolehlah beli di pasar. Carilah gerai orang Melayu Cocos. Nasib menyebelahi anda, adalah bungkusan kerak di situ bersama dengan serundingnya sekali.
Sebelum berkahwin dengan Encik Suami, pernah Amie bertanya kepada salah seorang rakan Melayu Cocos. Amie tanya apa makanan tradisonal orang Melayu Cocos.
Selamba saja dia jawab : Kerak.
Amie sangka kawan tu main-main!
Rupanya memang betul, kerak merupakan salah satu makanan tradisi mereka.
Dan sewaktu hayat MIL dan FIL masih ada, mereka selalu bercerita tentang barang-barang persiapan untuk dibawa membelah Lautan Hindi dari Pulau Cocos untuk sampai ke Borneo. Antaranya, termasuklah kerak!
Eh! Asyik cerita tentang kerak, macamlah kita pandai masak kerak!
Mari kita cerita tentang Serunding Ikan Versi Cocos.
Apa kaitannya dengan kerak?
Kerak lagi!
Kerak dimakan dengan serunding!
Oooooh....begitu ya!

Kerak (dipernuat daripada nasi yang dimasak lembik).

Serunding Ikan

Awas!
Kalau sudah termakan kerak dengan serunding ikan, akan timbul masalah susah untuk berhenti mengunyah!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4768

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>