Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4766

White Castle : Luxury Cream Wafers

$
0
0

Kadang-kadang rasa kasihan melihat Firdaus menyiapkan tugasan PDPR setiap hari. Tentu anak sekecil ini berasa tidak selesa. Apalagi kalau terpaksa rakam suaranya, pergerakannya dalam mengikuti sukatan Pendidikan Jasmani,  dan macam-macam lagi. Kadang-kadang berlinangan air matanya kerana ketakutan apabila suaranya dirakam untuk dihantar kepada gurunya. Mudah-mudahan 1 Mac 2021, Firdaus akan gembira dapat mengikuti PDP bersemuka di sekolah.

Amie penuhi permintaannya dengan membelikannya luxury Cream Wafers seperti yang dimintanya minggu lepas. Firdaus minta 4 tin, tapi Amie hanya dapat 3 tin dengan 3  perasa yang berbeza. Itu pun dia sudah rasa sangat seronok!


Rupanya Fuad pun  peminat wafers ini juga! Terpaksalah Firdaus bahagi dua dengan Fuad. Amie pesan Firdaus  supaya makan cara berjimat. Jangan makan semua sekali. Lagi pun wafers ini manis.  Tak elok untuk gigi.


Petang tadi Firdaus tercari-cari satu tin yang hilang. Rupanya Fuad yang ambil dan bawa masuk biliknya! Alahai! Fuad pun macam budak keciklah pulak.... ahaks! 

Sebenarnya Amie belikan Firdaus sebab dia dapat menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru-gurunya. Sesekali perlu juga kita tunjuk penghargaan atas usaha anak-anak bersusah-payah menyiapkan kerja sekolah secara online.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4766

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>