Zaman dulu sedap betul kalau dapat makan biskut ada lekat gula di atasnya. Biasanya hanya dapat makan biskut tawar sahaja. Bila dicelup dalam air kopi berganda rasa enaknya! Sekarang apabila sesekali menikmatinya pasti terkenang keenakannya sama seperti zaman yang ditinggalkan dulu.
Bezanya dahulu hanya ada serbuk kopi hitam dan serbuk teh sahaja. Sesekali dapat minum MILO, dah rasa macam duduk dalam syurga. Sedap betul rasa MILO, dengan lemak manis dan aromanya yang sungguh semerbak! Kalau ada MILO, Ayahanda suka celupkan roti Benggali atau roti bantal.
Petang tadi terdengar alunan lagu yang mendayu-dayu dari corong radio yang terletak di sudut dapur. Bila diamat-amati, rupanya lagu nyanyian D'llyod. Rasa macam sedang kembali ke zaman purba kala, di kala petang ketika duduk di kampung. Ketika itu musim daun getah berguguran ke bumi, dan seolah-olah terpandang diri sendiri dengan rambut tocang dua, sedang menyapu daun-daun getah yang berserakan di halaman rumah!
Jom nyanyi lagu D'llyod sikit: