Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4768

Serunding Ikan Sedap Bekal Oleh-Oleh Abang Farid

$
0
0

Akhirnya, hari yang dihitung tiba jua. Pagi ini Abang Farid dapat kelulusan dari Ketua Polis Polis Daerah Lahad Datu untuk rentas negeri. Urusan mengisi borang untuk mendapatkan Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah diterima. In shaa Allah, selepas Subuh pagi esok, bersama Encik Suami, kami akan bertolak ke Lapangan Terbang Tawau. Jam penerbangan Abang Farid ke Kuala Lumpur dijadualkan pada pukul 11 pagi.

Begitulah ceritanya.

13 September 2020, Abang Farid dan Fuad pulang ke LD dan terkurung tak dapat rentas negeri disebabkan pandemik Covid-19. Alhamdulillah, keadaan semakin bertambah baik, dan dapatlah anak-anak kembali sambung pengajian bersemuka yang tertangguh sekian lama. Hari ini, tepat 6 bulan Abang Farid dan Fuad bersama kami. Fuad pula akan terbang ke Johor pada 21 Mac 2020. 

Esok, selepas menghantar Abang Farid di airport, Encik Suami akan meneruskan pemanduan menghantar Amie ke Tawau pula. Apabila Encik Suami kembali ke Lahad Datu nanti, tinggallah Amie di Tawau selama  4 hari 4 malam untuk menjunjung titah perintah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung.

Hari ini Amie kongsikan entri Serunding Ikan Sedap. Serunding ini akan dibawa Abang Farid balik ke Seri Iskandar, Perak. Katanya nak dijadikan oleh-oleh untuk rakan-rakannya.

Kali ini Amie tumbuk isi ikan dan hasilnya, serunding ikan nampak lebih halus. Nak kisar pun boleh. Kalau tidak mahu gunakan jus limau nipis, boleh gantikan dengan asam jawa atau asam keping @ gelugur, dan bubuh sebelum masukkan ikan. Amie tambahkan juga sedikit serbuk rempah sup. Walaupun sudah beberapa kali membuat serunding ikan, tetapi Amie suka mengubahsuai resipi dan penggunaan bahan. Mana tahu suatu ketika nanti dapat hasilkan serunding ikan yang lebih sedap!

Bahan-bahan:
  • 3 kg isi ikan alu-alu yang sudah direbus dengan 3 keping asam gelugur dan 1 sudu besar garam kasar - toskan - tumbuk 
  • 1 kg pati santan
  • 5 helai daun limau purut - buang urat belakang
  • 2 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk rempah sup
  • 1 cawan parutan gula Melaka
  • garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 15 tangkai cili kering
  • 4 labu bawang besar
  • 15 biji bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 5 batang serai - ambil isinya yang putih - hiris
  • 2 cm lengkuas
  • 3 cm halia
  • 1 sudu besar jintan manis
Cara memasak:
  1. Masukkan santan ke dalam kuali. Tuangkan bahan kisar, parutan gula Melaka dan serbuk kari.
  2. Gaul rata sehingga gula Melaka larut.
  3. Kemudian masukkan isi ikan alu-alu. Kacau selalu. Api sederhana sahaja.
  4. Setelah serunding ikan hampir kering, masukkan garam / perasa pilihan, daun limau purut dan juas limau nipis.
  5. Teruskan mengacau serunding ikan sehingga menjadi kering dan berderai.
  6. Padamkan api dapur.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4768

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>