Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Hadiah Untuk Top 10 Komentator Mac 2021

$
0
0

Hai apa khabar semua. Nampaknya menjelang April ini Amie sudah jadi biskut chipsmore pula. Lebih banyak tenggelam dari timbul. Tiba-tiba dapat tugasan yang tak menentu masa, dan terpaksa utamakan dahulu titah perintah Seri Paduka Baginda. Rindu nak ziarah rumah rakan-rakan blogger tetapi buat masa terdekat ini memang tidak mengizinkan.

Terima kasih kepada komentator yang bekerjasama emelkan details kepada Amie. Alhamdulillah, dapat juga cari masa untuk siapkan hadiah yang akan dikirim untuk Top 10 Komentator Mac 2021. Jika tiada aral melintang, esok hadiah-hadiah tersebut akan diposkan.

Hadiah daripada Amie's Little Kitchen biasa-biasa sahaja, cukup atas rasa ikhlas ingin kongsi rasa gembira mendapat rakan-rakan blogger yang sering meninggalkan komen. Antara hadiah yang akan Amie kirim termasuklah seutas rantai tangan mutiara dan butang baju Melayu. Mutiara pada rantai ini bentuknya tidak sama seperti mutiara pada butang baju Melayu. Mutiara butang baju Melayu sudah diproses, tetapi mutiara pada rantai tangan adalah asli tanpa proses. Bentuknya pun agak berbeza di antara satu sama lain. Ada yang bulat, lonjong dan sebagainya, dan nampak kasar sedikit (tidak licin).

Rantai tangan mutiara & butang baju Melayu.


Butang baju Melayu.


Kenapa  Amie kirimkan rantai tangan dan butang baju?
Rantai tangan itu bolehlah pakai untuk diri sendiri (majoriti penerima hadiah daripada blogger wanita), butang baju itu bolehlah berikan kepada suami, atau anak lelaki, atau ayah, tunang atau kepada sesiapalah yang tersayang!


Amie harap hadiah ini akan tiba ke alamat masing-masing dengan selamat. Kalau ada mutiara yang tercabut dan sebagainya, boleh maklumkan kepada Amie ya.  Oh ya! Mutiara ini sensitif sifatnya. Kalau nak pakai, pastikan selepas siap berdandan, sudah sembur minyak wangi, barulah pakai. Mutiara akan mudah rosak sekiranya terkena bahan kimia dalam kosmetik seperti semburan rambut dan minyak wangi. Jauhkan daripada sebarang jenis minyak dan air termasuk air laut.
Sekian.
Jumpa lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>