Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Makan-makan di Sarina Beach Kunak

$
0
0

Dalam perjalanan pulang dari Pakalangan Bay Semporna, kami singgah seketika di Sarina Beach Kunak. Encik Suami kata, makan sajalah di sini. Sampai rumah nanti tak payah masak.

Memang nyaman sungguh duduk-duduk di tepi pantai ini. Hari beransur petang, dan matahari tidaklah seterik di Pakalangan Bay. Kami memesan makanan di Cafe Seri Dalma. Banyak tempat duduk di tepi Sarina Beach Kunak ini. Pengunjung pun datang tak putus-putus.

Mee Goreng Special.


Selepas makan nanti, bolehlah turun ke pantai dan ambil gambar.



Harap Firdaus rasa gembira dapat jalan-jalan.


Hidangan pertama tiba ialah mee goreng.
Amie memang pesan mee goreng .


Amie pesan Mee Goreng Special. Beginilah rupa mee goreng yang sampai ke meja kami. Apabila diselak, berketul-ketul udang di dalamnya! Bismillah.


Encik Suami pula pesan Nasi Goreng Udang. Banyaknya nasi, tapi tak nampak udang pula!


Oh! Rupanya udang sembunyi dalam nasi goreng... ahaks!



Tidak lama kemudian pelayan kafe datang bersama sepinggan mee goreng.
Mee Goreng Special, katanya.
Aik? Yang saya makan ni mee goreng apa dik?
Itu Mee Goreng Udang, kak.
Macamana boleh datang Mee Goreng Udang? Kakak order Mee Goreng Special.
Tak apalah, nanti bungkuskan saja Mee Goreng Special tu, celah Encik Suami.


Sebelum Mee Goreng Special dibungkus, Encik Suami tanya Firdaus, nak makan mee goreng tak?
Firdaus yang sedang menunggu kentang goreng, segera menjawab: Mau! Mau!
Baru dua kali suap mee goreng dalam mulutnya, kentang goreng pun sampai.
Daus tak mahu makan mee goreng. Daus nak makan kentang goreng, kata budak kecil ini.


Belum pun sempat Firdaus capai kentang goreng, tiba-tiba hujan turun rintik-rintik!
Semua pengunjung yang sedang menikmati hidangan berlari masuk ke kafe bersama pinggan makan masing-masing.
Kami tidak terkecuali!
Ruang kafe penuh sesak!
Setelah menghabiskan makanan, Encik Suami ajak pulang.
Kami meninggalkan kafe meredah hujan lebat menuju ke kereta.
Oh! Tak sempat ambil gambar di Sarina Beach Kunak!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>