Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Chicken Chop & The Gang

$
0
0

Hari pertama berpuasa, macam-macamlah makanan permintaan Firdaus untuk berbuka. Akhirnya Amie hidangkan menu Chicken Chop & The Gang untuk kami berempat. Encik Suami dan Fairuz pun tak banyak songel. Apa yang dihidang itulah yang dimakan. Untuk seimbangkan hidangan, Amie gandingkan chicken chop panggang dengan kentang goreng dan salad.

Chicken Chop & The Gang
Salad : Mini lettuce, kobis ungu, lobak merah, tomato ceri merah & kuning, dan kurma.
Taburkan sedikit garam dan  lada hitam tumbuk, renjiskan minyak zaitun dan gaul. Jika suka boleh tambahkan sedikit mayonis.


Amie gaul kurma  ini dalam hidangan salad. Buang bijinya, dan hiris tipis.

Kentang goreng.

Chicken Chop Panggang

Amie gunakan 4 kepingan ayam bahagian peha. buangkan tulangnya, dan perap selama 1 jam atau lebih. Kemudian Amie panggang gunakan kuali ajaib.

Bahan-bahan;
  • 4 kepingan ayam bahagian peha - keluarkan tulang - cucuk-cucuk sedikit dengan garpu
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil stok ayam pekat
  • 1 sudu kecil bawang putih tumbuk
  • 1 sudu kecil halia tumbuk
  • 1 sudu besar minyak zaitun
Cara memasak:
  1. Perap ayam dengan kesemua bahan di atas selama 1 jam. Lebih lama masa memerap lebih baik sebab bahan pemerap akan mesra.
  2. Bakar di dalam kuali ajaib hingga masak kedua-dua belah bahagian ayam.
  3. Hidangkan bersama sos lada hitam, kentang goreng dan salad.
Sos lada hitam.

Pelengkap chicken chp panggang sudah tentulah sos lada hitam yang sedap. Kami sekeluarga sukakan sos lada hitam yang pekat. Dahulu, Fuadlah tukang sediakan sos lada hitam. memang pakar betul bujang satu itu dalam bab ini terutamanya rasa sos lada hitam itu. Di sini Amie kongsikan resipi sos lada hitam kegemaran kami sekeluarga. Jika tidak ada susu segar, boleh gantikan dengan susu cair sahaja. Aduhai! Sedapnya sos lada hitam!
Kalau tidak mahu sos lada hitam nampak ada ketulan bawang besar cincang, setelah sos lada hitam mendididh, bolehlah kisar sebelum dihidangkan.

Bahan-bahan:
1 labu bawang besar - cincang
2 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
1 sudu kecil kicap pekat
1 cawan susu segar
1 sudu kecil stok ayam pekat

Cara:
1. Cairkan mentega.
2. Goreng bawang besar hingga kekuningan.
3. Masukkan tepung gandum dan gaul rata.
4. Tambahkan lada hitam tumbuk dan sos lada hitam, kicap pekat serta stok ayam pekat.
5. Akhir sekali masukkan susu segar.
6. Gaul rata dan padamkan api dapur apabila sos lada hitam mula mendidih.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>