Akhir-akhir ini cuaca sangat panas menyengat. Mari kita sediakan minuman air selasih (sweet basil seed) yang dipercayai boleh menyejukkan badan untuk berbuka puasa. Terpulanglah nak campur dengan jenis minuman yang digemari seperti sirap limau, sirap bandung, laici kang, koktel dan sebagainya. Nak bubuh sedikit atau banyak biji selasih, itu pun terpulang.
Teringat waktu hari raya zaman kanak-kanak dahulu, kalau berkunjung ke rumah jiran tetangga dan saudara mara di kampung, memang disediakan minuman biji selasih. Ada macam-macam warna minuman. Biasanya jumpa warna hijau dan merah. Ditambah pula dengan aroma daun pandan, kerana gula dimasak bersama daun pandan!
Biji selasih dalam minuman ini kami panggil telur katak!
- 2 sudu besar biji selasih - rendam dengan air panas hingga kembang
- 750 ml natural juice pomegranate + cherry (jus delima + ceri)
- buah delima
- ais batu - jika suka
Jus delima + ceri itu tak manis, 100% natural juice tanpa gula. Jika tidak gemar ais batu, simpan sahaja minuman ini di dalam peti ais supaya menjadi sejuk.