Tadi tulis entri tentang 3 anak bujang yang sudah besar. Sekarang entri tentang si bujang bongsi, si kenit Firdaus! Bulan puasa kali ini, setiap kali nak masak menu apa untuk berbuka atau bersahur, Encik Suami kata: Tanya Daus. Dia nak makan apa?
Selera kami, makan minum apa saja yang ada, baik ketika berbuka atau bersahur. Firdaus pula nampak terkulat-kulat waktu sahur. Kadang-kadang tak mahu makan langsung. Encik Suami cuba penuhi seleranya supaya keesokan harinya badannya bertenaga. Itu sebabnya Encik Suami suka tanya Firdaus sebelum tidur : Esok pagi Daus nak sahur apa?
Sekarang Firdaus ikut PDPR. Sebelah pagi sekolah agama, dan petang sekolah rendah. Banyak tugasan yang perlu disiapkan untuk dihantar kepada guru-guru mata pelajarannya.
Hari ini Firdaus ingin berbuka puasa dengan chicken chop. Pesannya lagi: Daus nak chicken chop yang crispy. Pukul 4 petang, alam sudah gelap gelita! Hujan turun mencurah-curah pula. Amie sediakan dua masakan, iaitu mee hoon sup untuk Amie dan Encik Suami. Chicken chop itu untuk Firdaus saja. Kali ini chicken chop goreng Amie temankan dengan colelslow, kentang goreng dan sos lada hitam. Oleh kerana Firdaus sukakan sos lada hitam, jadi Amie masak lebih dan boleh dipanaskan semula jika ingin digunakan.
Bahan-bahan:
- 1 kepingan bahagian peha ayam - buangkan tulang - cucuk-cucuk sedikit dengan garfu
- 1 sudu kecil bawang putih kisar
- 1 sudu kecil halia kisar
- 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 sudu kecil sos tiram
- 1 sudu kecil kicap manis
- 1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
- sebiji telur - pukul ringan
- 1 sudu besar tepung gandum
- bread crums secukupnya
- minyak
- Gaul ayam bersama bawang putih, halia, lada sulah, sos tiram, kicap dan maggi Cukup Rasa. Perap sekurang-kurangnya selama 1 jam.
- Kemudian salut ayam dengan tepung gandum.
- Seterusnya celupkan ke dalam telur yang sudah dipukul ringan.
- Salut seluruh ayam tadi dengan bread crumbs.
- Goreng ayam hingga kuning keemasan atau sehingga masak.
- Hidangkan bersama sos lada hitam, coleslow dan kentang goreng.
- 1 kg kobis- bilas & toskan, hiris halus dan cincang / sagat
- 1/2 biji lobak merah - hiris halus dan cincang (kalau tidak suka warna lobak lebih menyerlah, gunakan sedikit saja)
- 1 labu bawang besar - hiris dan cincang / sagat
- 5 sudu besar yogurt asli
- 8 sudu besar mayonis
- 4 sudu besar gula pasir
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 biji lemon- perah jusnya
Cara:
- Gaul rata semua bahan di atas hingga sebati.
- Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk - simpan semalaman lebih baik.