Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4773

Bukan Sekadar Resepi AROMA ANTARA BENUA

$
0
0

Antara buku kategori travelog yang disarankan oleh Ustaz Ruzain Syukur Mansor dalam kuliah SBTI Penulisan Buku Travelog  untuk dibaca termasuklah Bukan Sekadar Resepi AROMA ANTARA BENUA, hasil karya Roza Roslan. Setelah Amie rujuk Pak Google, rupanya penulis buku ini merupakan seorang blogger suatu ketika dahulu dan Amie pernah menjadi pengikutnya di sini: Hidup itu Indah..Kenangan cerita diri. Bagaimanapun aktivitinya yang bermula pada 2009 terhenti setakat September 2011, namun sekarang masih aktif di FB.

Oleh kerana masalah talian di LD yang sangat lemah sepanjang minggu ini, Amie minta Abang Farid belikan buku ini secara online dan kelmarin sampailah Bukan Sekadar Resepi AROMA  ANTARA BENUA imi.

Buku ini terbit pada tahun 2013. Sudah berusia 8 tahun tetapi baru kelmarin jodohnya bertemu dengan Amie. Terima kasih sekali lagi kepada Ustaz Ruzain atas cadangan untuk membaca hasil karya Roza Roslan.


Gaya penulisan buku ini sangat menyentuh rasa. Setiap peristiwa yang dilalui dikaitkan dengan Yang Maha Pencipta. Membaca mukadimah serta beberapa testimonialnya sahaja hati sudah meronta-ronta untuk terus membuka helaian seterusnya.
Sungguh! Roza membuka keajaiban melalui buku ini dengan menggabungkan nilai ketuhanan di dalam resepi masakan. Kesungguhan Roza mempelajari pelbagai resipi di luar Malaysia dalam setiap pengembaraannya menunjukkan betapa ilmu itu perlu dicari dan diamalkan.
Buku ini setebal 423 halaman. Mengandungi 42 buah resipi dari pelbagai negara dan 15 buah resipi bonus dari Timur Tengah. Setiap resipi ada paparan gambar dan  cerita yang dikongsi bersama.

                          

Sangatlah asyiknya membaca Resipi 1 : Karipap Kelana Jaya. Dibawanya imaginasi kita ke zaman remaja penulis di Segamat Johor. Kisahnya berkembang untuk mencari pekerjaan di kota raya dengan hidup menumpang di rumah keluarga angkat ayahnya. Sebulan lamanya mencari kerja , menghadirinya temu duga berulang kali, akhirnya dengan berbekalkan baki wang sebanyak RM10, wang sisa terakhir yang ada di tangannya, penulis menghadiri temuduga di  sebuah syarikat. Esoknya penulis diminta mula bekerja.

Selama sebulan tinggal bersama keluarga Chek, sebelum mendapat kerja, penulis mengisi masanya dengan membantu Chek menyiapkan tempahan makanan seperti mengupas keledek untuk dibuat inti karipap, menolong menjaga serunding daging atau udang kering sebagai inti pulut panggang dan menghiris lobak merah serta sengkuang untuk popia.

Penulis sangat terharu walaupun tiada hubungan persaudaraan dengan keluarga Chek, penulis tidak perlu membayar sewa rumah dan setiap hari dapat makan percuma.

Penulis kaitkan pengalaman yang dilaluinya sebagai bukti kekuasaan dan kasih sayang Allah. Menurut penulis, Chek lambang kekuatan hati seorang ibu dan isteri. Penulis abadikan Karipap Kelana Jaya sebagai resipinya yang pertama di dalam buku ini.

Apabila Amie baca dua ayat terakhir, tak semena-mena air mata terus mengalir:

Mudah-mudahan-mudahan Chek dan keluarga dilapangkan kuburnya. In shaa Allah, mudah-mudahan dapat bertemu di Syurga Firdaus.

______________________________

Khusyuk membaca, dibawa arus kenangan penulis, akhirnya Amie kesat air mata dan cepat-cepat tutup buku. Jam menghampiri pukul 5 petang. Masa untuk sediakan juadah berbuka di dapur.

                       

Di belakang buku ini terungkap:

Pada suatu ketika Heather mengunyah sesuatu dengan tertib sambil mengalirkan air mata. Kemudian beliau mencapai segelas air dan memintanya lagi. Kami bertanya apakah yang menyebabkan beliau begitu dan beliau menunjukkan bahannya.
    "Puan makan cili kering rupa-rupanya. Maaf, saya terlupa menerangkan yang sesetengah bahan seperti cili kering, halia dan bawang besar di dalam ayam ini tidak perlu dimakan jika tidak suka. Halia dan bawang besar ini memang enak sekali dimakan bersama ayam bergajus."
     Allahu Akbar!
  Kami mempelajari sesuatu tentang budi bahasa orang Inggeris. Mereka mahu menjaga air muka tuan rumah sehingga langsung tidak mencebik walaupun  makanan yang disuap ke mulut tidak kena dengan selera mereka. Hatta kepedasan yang amat sangat mahu ditahannya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4773

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>