Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Dari Dhampus ke Dhital : Kupikul Pulang Sekarung Keinsafan dan Seguni Iktibar

$
0
0

Apabila membaca semula catatan perjalanan ke Nepal sekitar Mac 2019, ada sesuatu yang mengusik jiwa tertinggal di sana, di pergunungan Dhampus yang dingin berlatarbelakangkan Banjaran Himalaya. Catatan perjalanan ke Nepal ada di sini: SELAMAT PAGI PERGUNUNGAN HIMALAYA!

 Di Macchapuchhre Base Camp meredah salji nan memutih.

Bersama para pendaki dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai 'petualang'.



Menyaksikan matahari terbit di Banjaran Himalaya dari puncak tinjau  setinggi 300 anak tangga. Cantik sungguh warna puncak-puncak gunung di situ. Apabila terkena sinaran cahaya matahari, kelihatan seperti berlian berkilau-kilauan!


Geng kaki jalan tidur sebilik. Akibat tidak tahan sejuk, tak cukup sarung kaki, sarung tangan, sarung kepala, pakai baju berlapis-lapis,  pakai selimut, akhirnya pakat sarung badan dengan telekung masing-masing! Mengerekot sampai ke pagi dalam selimut. Suhu mencecah 6'Celcius! Bilik tidak disediakan pemanas.


Selalu memikirkan untuk cerita yang baik-baik saja dengan Encik Suami supaya lain kali diizinkan jalan-jalan lagi. Yang kurang elok disimpan, yang bagus-bagus saja yang akan diceritakan.

Suatu petang kami jalan-jalan di perkampungan Dhampus tetapi hujan. Rancangan terbatal dengan sendirinya. Kami hanya sempat melihat-lihat sekitar tempat penginapan sahaja. Boleh klik di sini:SUATU PETANG YANG DINGIN DI DHAMPUS VILLAGE.


Berkesempatan melihat salah sebuah rumah penduduk entik Gurung bersebelahan dengan rumah tamu tempat penginapan kami. Rumah tersebut diperbuat daripada susunan batu, bumbungnya bertutup zink tetapi hanya ditindih dengan batu dan benda-benda berat. Tiada pintu, dan digantikan dengan kepingan papan atau kanvas sebagai penghadang. Di dalamnya, hanya berlantaikan tanah.




Ini pula klinik desa.


Kami singgah masuk di sebuah sekolah menengah. Beberapa orang murid sedang mengulangkaji pelajaran di kaki lima bilik darjah. Mereka merupakan penghuni asrama dan akan menduduki peperiksaan.

Ada yang mengulangkaji di tempat letak kereta.



Kami tanya, kenapa belajar di kali lima. Kenapa tidak di dalam bilik asrama atau di dalam kelas? Menurut mereka, keadaan di dalam bilik asrama dan di dalam kelas gelap. Tidak berlampu.


Kami luangkan sedikit masa untuk melihat-lihat persekitaran sekolah.  Kami dibenarkan masuk ke bilik darjah. Apabila kami menjenguk ke dalam bilik darjah..... inilah yang kami lihat!


Kerusi dan meja murid diperbuat daripada besi!


Kami duduk di dalam kelas, merasai bagaimana duduk di atas kerusi besi!


Ini wajah-wajah murid lelaki yang sedang tekun mengulangkaji pelajaran.
Nampak malu-malu.
Kami ucapkan semoga mereka berjaya dalam hidup!


Kami sempat mengambil gambar kenangan di hadapan sekolah.


Kunjungan ke sekolah menengah di Dhampus sangat meninggalkan kesan di hati kami. Walaupun rasa teruja melihat pemandangan ladang gandum dan barli yang menghijau, tetapi masih juga kami bercerita tentang sekolah tersebut.


Adakah keadaan sekolah di sini sama dengan sekolah di tempat kita? Masih adakah sekolah ditempat kita yang kurang kemudahan? 

Di pertengahan jalan kami terlihat kanak-kanak ke sekolah dengan berjalan kaki. Di belakang mereka, ada seorang guru yang mengiringi.

Namaste!

Seorang guru mengiringi anak-anak sekolah mendaki tanah tinggi untuk ke sekolah.



Sempat bergambar dengan murid-murid dan Cikgu Mr. Nepal.


Selamat tinggal perkampungan Dhampus berlatarbelakangkan pergunungan Himalaya cantik!



Inilah sekolah rendah di Dhital yang sempat kami singgahi. Nun di belakang sana, puncak Fish Tail bersemayam megah di antara gunung-ganang sepanjang Banjaran Himalaya.


Kanak-kanak kelihatan bersemangat dan gembira belajar di dalam kelas.


Kedatangan kami disambut baik oleh guru-guru d sekolah tersebut.
Kami dibenarkan masuk ke dalam kelas.
Inilah kelas tempat kanak-kanak di sekolah ini belajar.


Jika dilihat dari luar, kelas ini nampak gelap saja kerana tidak ada lampu.


Meja dan tempat duduk murid-murid.


 Biarlah gambar yang berbicara.





Ini kelas tadika.


Kanak-kanak di kelas tadika.


 Kami dibawa ke bilik guru.


Bilik guru.


Ada kelas yang sedang menghadapi peperiksaan.
Beg sekolah mereka diletakkan di luar.


Kelas di hujung ini kelihatan gelap dari luar.


Rupa-rupanya murid di dalam kelas ini sedang menduduki peperiksaan.
Guru yang sedang menjaga kelas peperiksaan ini hanya tersenyum dari jauh!


Ini tandas sekolah.

Kami sempat bergambar bersama murid-murid dan guru-guru sekolah ini.


Sempat merakam wajah-wajah polos tapi mencuit hati!


Belajar rajin-rajin dik!




Di sinilah anak-anak murid sekolah ini minum air dari paip. Air ini disuling cara tradisional dengan menggunakan batu dan juga pasir. Cuba lihat baldi warna hijau di sebelah sana, dengan saluran getah paip yang menghala ke tangki air.


Tak mampu untuk tulis, dan rumus atau nak ulas apa-apa. Biarlah gambar yang dipaparkan berbicara sendiri. 


Yang mampu kupikul bawa pulang hanyalah seguni iktibar dan sekarung keinsafan.
Ya Allah!
Sesungguhnya aku ingin terus menjadi salah seorang hamba-Mu yang sentiasa tahu bersyukur! Ampunilah segala dosa hamba-Mu ini. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>