Kecik-kecik dulu kalau Bonda pecahkan kelapa, kami berebut nak ambil tombong atau dikenali sebagai 'kentos' dalam bahasa kami. Hei... apa jugalah yang tak direbut waktu kami kecil-kecil dulu. Kalau Bonda parut kelapa, menunggulah kami 'cikal' yang akan Bonda berikan. Cikal dalam bahasa kami pula ialah cebisan kecil bahagian kelapa yang sudah tidak dapat diparut kerana terlalu kecil (tidak dapat dipegang untuk diparut).
Kembali cerita entang tombong. Ini kisah sehari sebelum menjelang Hari Raya Aidil Adha. Encik Suami balik kampung. Kutip kelapa di kebun dan parut sekali di rumah adik ipar gunakan mesin parut. Ada pula akal fikiran Encik Suami bawa balik kelapa parut. Katanya bolehlah Amie gunakan untuk buat rendang dan rebus ketupat pulut.
Pada masa yang sama dihulurkannya dua butir tombong kelapa. Katanya, tolonglah buatkan cekodok! Amie tak pernah buat cekodok tombong kelapa. Encik Suami kata, bukankah dulu Amie pernah nampak arwah MIL buat cekodok tombong kelapa di kampung? Cubalah buat, katanya.
Kesian pulak dengar suaranya macam teringin sangat nak makan. Amie pun cubalah buat, hancurkan tombong kelapa, bubuh tepung gandum, garam, susu pekat dan kelapa parut.
Tombong Kelapa. |
Cekodok Tombong Kelapa. |