Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4773

Kacang Panjang Tumis Hati Ayam

$
0
0

Bertemu lagi. Sekarang masa bersantai sebelum melelapkan mata. Alhamdulillah segala urusan duniawi dapat diselesaikan dengan sempurna. Kita niatkan segala kerja dan tanggungjawab yang dilaksanakan itu adalah kerana Allah semata-mata. Mudah-mudahan sentiasa mendapar rahmat dan berkat-Nya. Aamiin.

Tengahari tadi terus-menerus PDPR dan siapkan laporan. Selepas solat Zohor sempat memantau kerja-kerja PDPR FIrdaus, dan menjelang pukul 2 petang ikut google meet pula. Selepas solat Asar, bergegas ke dapur. Sewaktu Encik Suami pulang memang tak ada nasi di dapur sebab kita ikut google meet. Kita tak sempat masak, tapi Encik Suami tidaklah cerewet. Makan saja apa yang ada untuk alas perut.

Ketika Encik Suami merawat tanamannya sambil melihat Firdaus main basikal, Amie bersilat di dapur. Siaplah hidangan kampung untuk kami empat sekeluarga. Ada keluarga sebelah Encik Suami kongsi ayam masak kicap, jadi Amie hanya tambah sedikit lauk lain dan sayur-sayuran. Kali ini Amie tumis kacang panjang dengan hati ayam. Inilah masakan orang kampung kami sejak dahulu kala. Sebenarnya banyak bahan yang tidak ada seperti suhun, kentang dan cili merah tapi Amie masak sahajalah apa yang ada.

Kacang Panjang Tumis Hati Ayam.

Hidangan tengahari Jumaat:
  • Nasi Putih
  • Kacang Panjang Tumis Hati Ayam
  • Ayam Masak Kicap
  • Sayur Bening Pucuk Kacang Panjang & Labu Manis
  • Ikan Kering Kukus
  • Sambal Belacan
  • Jering
Ayam Masak Kicap

Sayur Bening Pucuk Kacang Panjang & Labu Manis

Pucuk kacang panjang ini Amie masak bening dengan labu manis. Untuk aroma lebih menyelerakan, Amie bubuh daun kemangi. Enak sungguh hirup kuahnya yang masih panas!

Ikan Masin Kukus

Ikan masin ini Amie kukus dalam periuk nasi ketika nasi mula kering. Setelah butang naik ke atas, Amie buka tutup periuk dan masukkan ikan masin yang sudah dibersihkan.

Sambal Belacan Thai.

Jering muda.

Hirisan nanas dan mangga manila.


Amie cari cili merah tapi tak jumpa. Tak mahu habiskan masa menggeledah peti sejuk, Amie gantikan dengan cili padi tapi tak dihiris. Nanti sewaktu makan kalau teringin rasa pedas, bolehlah picit cili padi. Amie hanya gunakan hati ayam sahaja, terus tumis tanpa rebus terlebih dahulu. Zaman dahulu selalu berebut nak makan hati ayam terutama sewaktu kenduri tetapi orang tua-tua tak bagi! Adalah pantang larangnya.
Jom kita lihat resepi ringkas Kacang Panjang Tumis Hati Ayam di bawah ini.

Bahan-bahan:
  • 5 batang kacang panjang - hiris serong
  • 1 cawan hirisan hati ayam
  • 1 cawan kepingan fucuk yang sudah direndam
  • Maggi Cukup Rasa secukupnya
  • 3 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 labu bawang besar - mayang
  • 7 biji cili padi
  • 1 cawan air
  • 4 sudu besar minyak
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan hati ayam bersama fucuk. Tumis sehingga hati ayam berubah warna.
  3. Tuangkan air. Biarkan sehingga air mengering dan hati masak.
  4. Masukkan kacang panjang dan cili padi. 
  5. Goreng kacau dan  taburkan Maggi Cukup Rasa secukupnya.
  6. Setelah kacang panjang berubah warna, padamkan api dapur.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4773

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>