Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4774

Bubur Candil Durian Paling Sedap!

$
0
0

Salam Maal Hijrah 1443.
Jadikan Setiap Hari Masa Berhijrah Ke Arah Kebaikan.

Amie (baca orang ramai) masih lagi terkesan dengan pemergian Allahyarhamah Siti Sarah.  Setiap kali membaca berita tentang kisahnya, pasti air mata turut mengalir. Allahu Akbar! Marilah berdoa, marilah berharap dan marilah berusaha untuk mendapat pengakhiran hidup yang baik, yang husnul khotimah. Ya Allah! Sesungguhnya kita sama sahaja di sisi-Nya, kecuali taqwa dan iman! Allah singkap segala amal kebaikan Allahyarhamah Siti Sarah setelah pemergiannya ke alam kekal.

Bubur Candil Durian

Hari ini Amie olah Bubur Candil Durian. Sukanya Fairuz dan Firdaus makan sampai disuruhnya Amie buat lagi! Cukuplah.... ahaks!  Makan yang manis-manis begini sesekali bolehlah. 

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan isi durian
  • 10 ulas durian
  • sedikit air - jika perlu untuk menguli
  • 1/2 cawan sagu biji - bilas dan toskan
  • 1 tin jagung krim
  • sedikit pewarna hijau epal, kuning telur dan merah jambu
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 liter air untuk merebus
  • 2 liter air untuk merendam bebola candil

Bahan kuah:

  • 1 cawan santan pekat + 3 cawan air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan - siat dan simpul
Cara:

  1. Campurkan tepung pulut, isi durian serta garam ke dalam sebuah bekas.
  2. Uli bahan menjadi doh yang lembut sehingga tidak melekat di tangan. (Tambahkan sedikit air sekiranya tidak menjadi doh. Amie tidak tambah air kerana isi durian sudah cukup untuk sebatikan tepung pulut).
  3. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. 1 bahagian titikkan pewarna hijau epal dan satu lagi pewarna kuning telur. Satu bahagian lagi titiskan pewarna merah jambu.
  4. Bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang disukai.
  5. Didihkan air sehingga menggelegak dan masukkan bebola candil ke dalam periuk.
  6. Apabila bebola candil timbul, bolehlah angkat dengan penapis dan masukkan ke dalam air sejuk supaya tidak melekat di antara satu sama lain.
  7. Untuk kuah candil, masukkan santan ke dalam periuk diikuti dengan durian, sagu biji, jagung krim, gula pasir, garam dan daun pandan.
  8. Kacau sehingga gula pasir larut, dan sagu biji menjadi jernih.
  9. Kemudian masukkan bebola candil.
  10. Kacau lagi sehingga kuah mula mendidih, dan terus padamkan api dapur.


 Manisan begini memang sesuai dijadikan menu untuk berbuka puasa.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4774

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>