Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Hidangan Tengahari Dari Rumpun Selera

$
0
0

Hari ini gantung periuk di tengahari. Minta Encik Suami belikan Nasi Arab di Restoran Rumpun Selera, Seri Perdana. Amie pesan beli lauk ikan balado, ayam panggang dan kari kambing. Sampai ke rumah, Encik Suami kata lauk-pauk sudah habis. Kuah kari pun tidak ada lagi. 

Cepatnya habis lauk!

Barangkali waktu itu sudah menjelang petang.

Tak apalah. Ada juga lauk lain yang tinggal. Walaupun tak dapat tiga lauk yang dipesan termasuk ayam. ikan dan kambing, Encik Suami gantikan juga  dengan tiga jenis lauk  iaitu ayam goreng, ayam panggang dan ayam sambal madu. Tiga lauk jugalah jenisnya walaupun dari bahan yang sama.... ahaks!

Nasi Arab itu bukan rupa Nasi Arab yang selalu kami makan di situ. Ada rupa Nasi Beriani pula. Apabila tanya Encik Suami, ini nasi apa? Jawabnya : Tak tahulah.... ahahahahaaa!


Nasi Arab / Nasi Beriani?

Ayam Goreng.

Ayam Panggang.

Ayam Sambal Madu.

Acar Timun.

Papadom.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4772

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>