Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4745

Pirates Bay Kunak & Ikan Layar Bakar

$
0
0

Encik Suami kata banyak kerja hendak diselesaikan sebelum 25 Oktober 2021. Jadi, hasrat untuk jalan-jalan terpaksa dibatalkan. Minggu lepas sudah berjanji akan ke Tungku bersama keluarga adik ipar dan kakak ipar berkelah tepi pantai. Amie sangka tidak jadi pergi sebab senyap sahaja. Tiba-tiba apabila buka WhatsAap terpandang gambar-gambar mereka berada di tepi pantai. Apabila tanya Encik Suami, katanya tak ada masa untuk ke sana.

Kita pun diam sahajalah walaupun rasa terkilan sebab faham kesibukan Encik Suami. Kita ajak ke Tawau untuk beli sesuatu tetapi Encik Suami tetap tidak mahu pergi. Sebaliknya Encik Suami pesan dengan kawannya yang kebetulan pergi ke Tawau untuk beli barang yang Amie mahu. Alhamdulillah, petang tadi sampailah barang tersebut.

Tak apalah. Minggu sebelumnya kami jalan ke Kunak. Walaupun sekadar pekan koboi atau pekan kecil, sekurang-kurangya dapatlah juga jalan-jalan melihat dunia luar selain LD.

Selepas singgah pasar Kunak dan makan-makan, kami terus ke Pirates Bay.

Sukanya hati kita dapat melihat Firdaus senyum gembira di tepi laut!
Sebelum itu kami makan dahulu tetapi bangunan tempat gerai makan sedang dibaikpulih. Tak dapatlah kami cari warung ikan bakar yang selalu kami singgah. Akhirnya kami singgah di warung bersebelahan bangunan tersebut. Peniaga yang lain entah ke mana pula membawa diri mencari rezeki.


Nampaknya rezeki sedang menunggu kami tengahari itu. Apa tidaknya! Amie terpandang kepingan ikan layar sedang dipanggang. Hati terus terpaut untuk singgah makan!

Firdaus pula ingin makan sayap ayam panggang.



Encik Suami nak makan bakso. Amie makan nasi dengan ikan layar panggang. 
Puas meratah ikan layar berdua dengan Encik Suami.

Sudah kenyang makan kami bergerak ke Pirates Bay.








Melihat anak-anak kecil mandi-manda dalam air laut, Firdaus pun mula buat perangai. Marah-marah pula sebab tak boleh masuk air. Bukan apa, kami tak bawa pakaian lain! Dan bukan dirancang pun untuk datang ke sini.


Tapi, dalam marah-marah masih boleh senyum!

Pemandangan jeti di Pirates Bay.

Setelah Firdaus puas melihat batu karang dan anak-anak ikan, kami pun bergerak pulang.

Firdaus minta kami bawa lagi dia ke sini untuk mandi-manda.
In syaa Allah dik.
 
Dalam perjalanan pulang ke LD, Encik Suami singgah di gerai makanan ringan.
Macam-macamlah yang dibelinya termasuk keropok amplang dan kerepek rumpai laut.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 4745


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>