Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4741

Mee Kolok Seafood Mama Win Cafe Lahad Datu

$
0
0

Hari ini Firdaus mengikuti Kem Bestari Solat Tahun 2 dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengahari secara online. Nampak seronok sangat Firdaus dapat berinteraksi dengan kawan-kawannya secara maya. Sayangnya tak boleh ditinggalkan bersendirian. Sewaktu kita masuk ke bilik air, apabila keluar budak kecil itu sudah tidak ada! Sakit tekak berteriak memanggil namanya. Rupanya dia pergi main dengan anak kucing di luar rumah! Terpaksalah kita mengawasinya sehingga tamat program sebab takut terlepas slot!

Awal pagi lagi Encik Suami beli sarapan memandangkan Amie pun sibuk menyambung tugas menanda kertas peperiksaan tingkatan 4. Nampaknya menjelang tengahari Amie tak sempat masak nasi. Kami makan saja lebihan sarapan pagi dan kuih-muih yang Encik Suami beli pagi tadi. Selepas solat Zohor Amie minta Encik Suami hantar ke sekolah kerana Amie berurusan dengan pengetua dan mengambil skrip jawapan peperiksaan percubaan SPM pula. Alhamdulillah. Pengetua sangat sporting, walaupun Amie datang waktu petang dan bukan waktu pejabat tetapi tetap melayan Amie dengan baik! Syukur seribu syukur kerana urusan berjalan dengan lacar.

Kemudian kami ke Bandar Fajar menyambung urusan lain pula. Dalam perjalanan pulang perut rasa laparlah pula! Encik Suami ajak makan di Bandar Seri Perdana. Kami singgah di Mama Win Cafe.

Mee Kolok Seafood


Inilah rupa budak Firdaus pada hari ini!
Memang susahlah nak fokus 100% dari pagi hingga tengahari duduk di kerusi menghadap skrin ikuti Kem Bestari Solat. Namanya pun budak-budak. Sabar sajalah labu..... ahaks! Kita sendiri pun belum tentu boleh fokus dengar ceramah dalam tempoh 20 minit! Firdaus ini walaupun nampak muka kita tunjuk marah dan geram, tapi beberapa minit kemudian dia datang dekat kita, buat muka manja! Aduhai anak! Dia duduk semula elok-elok konsentrasi dengar arahan ustazah dan membuat tugasan yang dberikan. Tak lama kemudian, diam-diam dia menyelinap keluar lagi bermain dengan anak kucingnya.



Nampak happy saja dapat minuman kegemarannya... tak ingat air apa yang dia pesan.
Lepas minum air, dia minta aiskrim pula!



Kentang goreng jugalah yang dicari walaupun di rumah selalu Mommy gorengkan!


Duduk santai-santai di cafe sambil makan pisang goreng cheese.


Encik Suami pesan Mee Kolok Seafood. Nampak sedaplah goreng-gorengan isi ikan, udang dan sotong! Firdaus cukai beberapa keping! Kita pun ikut terliur tengok goreng-gorengan seafood. Apa boleh buat kita sudah pesan Laksa Penang.


Kata Encik Suami, sedap sungguh aroma Laksa Penang itu! Kita pula terliur Mee Kolok Seafood! 


Memang sedaplah Laksa Penang di sini. Habis semangkuk kita makan. Bersudu-susu kita tambahkan sambal cili padi untuk rasa lebih pedas.


Lain kali nak datang sini lagi tapi nak makan mee kolok dengan goreng-gorengan seafood yang banyak. Boleh ke? Kita teringin nak ratah-ratah. Sekarang perut sudah kenyang. Sebelum balik ke rumah, singgah dahulu di pasaraya. Adalah benda yang nak dicari ...hiks!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4741


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>