Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4741

Bakso Layan Diri Lahad Datu

$
0
0

Jom jalan-jalan masuk Kampung Bugis di Batu 1, Jalan Segama Lahad  Datu. Kita singgah di Warung Bakso Layan Diri yang terletak bersebelahan dengan masjid. Warung ini beroperasi dari pukul 11 pagi sehingga 8:30 malam. Kami pernah ke sini pada sebelah petang tetapi warung sudah ditutup. Khabarnya laris betul jualan bakso di sini. Tentu ada sesuatu yang menggoda selera pelanggan. Sebelum ini Amie hanya melihat Bakso Layan Diri Lahad Datu lalu lalang di FB. 

Di bawah ini Amie kongsikan gambar-gambar bakso yang asyik melintas di halaman FB dengan pelbagai aksesori yang berjaya menggugat jiwa dan rasa! Kredit untuk tuan punya warung! Biasanya bakso hanya ditambah dengan bihun atau mi kuning tetapi kelainan dan keunikan di sini, pelanggan boleh pilih bahan / akasesori yang disukai.


Bakso Bebola Daging dan Kulit Ayam Goreng Rangup
                    
Kaki Ayam & Kulit Ayam Goreng Rangup

Dan macam-macam lagilah....



Sewaktu kami tiba, warung penuh dengan pelanggan. 
Terpaksalah menanti giliran untuk makan.


Jom Amie kongsikan lagi gambar-gambar di sini. 


Walaupun warung ini tersorok di kampung tetapi memang nampak ada tarikannya yang tersendiri. Bahan yang disedikan untuk melengkapi sup bakso pun pelbagai dan panas-panas belaka.


Kulit Ayam Goreng Rangup / Crispy ini berharga RM2 untuk 5 keping.


Wantan pun ada.




Kaki ayam ini sangat lembut!
Harganya sama dengan kulit ayam goreng iaitu RM2 untuk 5 ketul.



Inilah hasilnya apabila kita ambil sendiri apa yang kita mahu. Buruk betul kejadiannya.... ahaks! Semua nak sumbat masuk ke dalam mangkuk. Tak nampak langsung rupa mihun yang tenggelam ditimbuni aksesori.


Pada mulanya kami nak makan dengan buras, tetapi kekenyangan meratah wantan, bebola daging dan lain-lain.


Marilah singgah ke Warung Bakso Layan Diri di Lahad Datu. Layanan yang diberikan sangat baik. Mesra pelanggan. Semoga perniagaan bakso tambah maju. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4741


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>