Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4743

Memulakan Perjalanan : Jalan-Jalan Sabah

$
0
0

Kita hanya merancang tetapi Dia Maha Perancang. Perancangan kami untuk balik ke Malaya menghabiskan cuti di sana akhirnya dibatalkan. Pada mulanya kami merancang untuk menghadiri majlis konvokesyen (Master of Science) Abang Farid yang tertangguh disebabkan PKP pada tahun 2020. Namun begitu Abang Farid mengambil keputusan tidak menghadiri majlis tersebut yang dijadualkan pada 18-22 Disember 2021. Abang Farid diwajibkan menjalani swab test, begitu juga Amie dan Encik Suami untuk membolehkan kami masuk ke dewan. Abang Farid tidak mahu menjalani ujian saringan itu. Kami pun tidak mahu juga! Kata Abang Farid, ijazah sudah diterima pada tahun lepas, jadi tak perlulah hadir di dewan.

Tersiar pula berita yang menyebut tiada keperluan untuk swab test bagi yang akan menaiki pesawat dari Malaya ke Sabah dan Sarawak bermula 1 Disember 2021! Apalagi! Abang Farid pun terus tempah tiket untuk pulang ke Sabah pada 23 Dsember 2021. Kami cadangkan Abang Farid turun sahaja di Air Port Kota Kinabalu sebab kami merancang untuk jalan-jalan ke sana.

16 Disember 2021 bersamaan hari Khamis, 6:30 pagi kami bertolak dari Lahad Datu menuju destinasi Kota Kinabalu.

Kali ini tiada perancangan rapi yang dibuat seperti tempahan hotel dan juga tempat-tempat yang akan kami lawati. Kami sekadar jalan-jalan santai sahaja bertujuan merehatkan minda. Pada masa yang sama berita menggemparkan dapat diikuti dari semasa ke semasa berkenaan banjir di Malaya terutamanya di negeri Selangor. Allahu Akbar! Tidak dapat dibayangkan kalau ketika itu kami berada di Malaya, sudah tentu terperangkap sama dalam banjir kerana kampung kami turut berisiko tinggi mengalami banjir terutamanya banjir kilat.

Singgah makan tengahari di Restoran Anjung Selera, Ranau.
  

Perjalanan dari Lahad Datu tidaklah selancar yang disangkakan kerana banyak menempuh jalan rosak dan terpaksa lebih berhati-hati ketika memandu di Kampung Paris, Kota Kinabatangan dan sehingga ke Batu 32 simpang ke Sandakan. Kami mengambil masa hampir 6 jam untuk sampai ke Ranau walaupun hanya berjarak sejauh 297 kilometer dari Lahad Datu. Memang Amie selalu ingatkan Encik Suami supaya memandu perlahan dan jangan memotong terutama kenderaan besar dan berat serta di kawasan selekoh yang banyak dilalui antara Telupid ke Ranau.

Pukul 12:30 tengahari kami singgah makan di Restoran Anjung Selera, Ranau. Firdaus seperti biasa memang mencari ayam goreng. Amie dan Encik Suami makan nasi campur dan tambah hidangan semangkuk sup perut dan urat.

Yang tak seronoknya, terpaksa berbaris menunggu masuk sebab restoran penuh dan perlu patuhi penjarakan (SOP) yang ditetapkan.


Nasi campur lauk ikan patin masak lemak tempoyak dan sambal belacan.

Kemudian Encik Suami isi minyak kereta di stesen minyak sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang. Ada sebuah masjid terletak di pekan Kundasang. Sesiapa yang berkunjung ke pekan Kundasang bolehlah tunaikan solat di sini. 

Nanas & Jambu Air

Di Kundasang, kami sekali lagi bersantai di Intan Restaurant & Cafe menyaksikan Gunung Kinabalu yang kelam ditutup awam. Sempat pula mengunyah nanas dan jambu air cecah cili & belacan.


Ambil kesempatan ratah beberapa ketul tongkeng ayam dan sayap ayam panggang.


Teringin pula nak hirup sirap limau walaupun suhu ketika itu tidaklah panas, sejuk-sejuk manja gitu.



Sebenarnya kita sengaja snggah sini sebab nak hirup kuah mihun sup! Istimewanya mihun sup di sini tidak dibubuh daun sup atau daun bawang tetapi digantikan dengan sayur sawi  yang rangup.


Yang berketul-ketul seperti potongan daging itu ialah urat. Kita minta mihun sup urat.


Sebelum meninggalkan pekan Kundasang, Firdaus merengek minta minuman green tea.
Layankan sajalah.


Entah di mana matahari! Sinarnya pun tidak kelihatan. Dalam suasana kelam berkabus, kami tawakal meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 4743


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>