Setelah check in di Sea Pak Condotel Tanjung Aru dan tunaikan solat, kami bergerak menuju ke One Borneo Hypermall yang terletak di Jalan Sulaman. Sebelum ke One Borneo, sempat telefon Fairuz yang berada di Penampang. Katanya jalan menuju ke One Borneo sesak. Oleh kerana Amie memang sudah rancang untuk shopping di One Borneo, kami harungi juga kesesakan lalu lintas.
Selesai shopping, kami singgah makan malam di Restoran Q Baik yang terletak One Borneo Haypermall, Jalan Sulaman Kota Kinabalu, Sabah. Memang tak rugi makan di sini sebab sedap sangat!
Arabic Rice Set - Nasi Arab Mandy Kambing (RM29.90) |
Dam Chai Tea |
Nasi Beriani Kari Kambing (salah meja). |
Amie pesan Nasi Arab Mandi Kambing (Panggang0 tapi yang datang Nasi Beriani Kari Kambing! Ketika teragak-agak untuk menjamahnya, tiba-tiba datang pesanan sebenar iaitu Nasi Aran Mandy Kambing (Panggang). Rupanya pelayan tersalah meja pesanan Nasi Beriani Kari Kambing.
Ini dia Nasi Arab Mandy Kambing (Panggang).
Encik Suami pula lebih suka makan Nasi Arab Ikan.
Firdaus tak mahu makan nasi. Dia minta onion ring saja.
Sukanya budak ini makan onion ring. Siap pesan supaya datang lagi sebab nak makan onion ring lagi.
Sedap nampak Firdaus hirup mango peach.
Selepas itu dia hirup Dam Chai Tea pula. Memang sedap sangatlah rasa chai tea ini. Terasa susu segar, halia dan rempahnya. Lemak manis cukup rasa! Kalau Firdaus nak datang lagi sebab nak makan onion ring, kita rasa nak datang semula sebab nak hirup Dam Chai Tea.
Selepas kenyang makan nasi, kami dihidangkan pula dengan Sulaimani Tea. Minuman ini diberi percuma.
Restoran ini terletak di:
Lot No. C-614, C-613 & C-612
Concourse Floor, 1 Borneo Hypermall,
Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, Sabah.