Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4733

Bermalam di River Park Hotel Beaufort

$
0
0

Kami mencari tempat penginapan di pekan Beaufort. Kalau disebut pekan bermakna kawasan tersebut kecil sahaja. Alhamdulillah ada beberapa pilihan hotel untuk dijadikan tempat penginapan. Kami daftar masuk ke River Park Hotel untuk menginap selama satu malam. Ketika itu hanya ada pilihan bilik berkatil king saja. Kedudukan hotel ini bersebelahan dengan  sungai, dan ada jambatan untuk menyeberanginya. Oleh kerana keletihan akibat berjaga malam untuk mengikuti google meet, akhirnya terlupa untuk rakam suasana sekitarnya. Banyak kedai dan restoran di sekitar hotel. 

Kami berkesempatan meronda sekitar One Beaufort di Majukota Commercial Centre dan makan-makan di situ.

Bilik berkatil king.

Antara tudung hitam dan tudung pink belacan, mana satu kepala kita?

Budak Firdaus ini rasa seronok sangat sebab dapat merebahkan diri di kerusi yang selesa.



Malam itu duduk di sini, membuka laptop dan menyiapkan tugasan sambil menghirup minuman panas. Bunyinya macam seorang 'pelajar' sebab perlu siapkan tugasan... ahaks. Sebenarnya Amie sedang mengikuti kursus secara online.


Bilik airnya luas dan sangat selesa.


Dipendekkan cerita, kami berpuas hatilah dapat bermalam di sini dengan harga mampu bayar sebanyak RM139.00 sahaja walaupun berkongsi 3 orang sekatil. Dapatlah meluruskan pinggang dan merehatkan badan serta mengurangkan rasa lenguh betis.


Selepas berehat seketika, mandi dan solat  kami ke One Beaufort untuk jalan-jalan cari makan pula.


River Park Hotel terletak di:
AH150, Pekan Beaufort, 89800 Beaufort, Sabah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4733


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>