Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4733

Tempurung Seaside Lodge Kuala Penyu

$
0
0

Tahun lepas kami bercadang untuk bermalam di Tempurung Seaside Lodge Kuala Penyu. Sayangnya, tiada kekosongan! Jadi, tahun ini cuba nasib secara walk in sahaja. Tidak ada rezeki juga sebab sudah penuh. Kami boleh membeli tiket dan masuk untuk berehat-rehat atau berkelah di tepi pantai.

Teringin bermalam di sini, Rainbow Lodge yang terletak berhadapan dengan laut.

Atau pun di sini, deluxe suite yang nampak sungguh mendamaikan!

Kalau datang beramai-ramai bolehlah menginap di sini. Seronok dapat menghabiskan masa berkelah di tepi pantai bersama keluarga.

Sumber : FB TEMPURUNG SEASIDE

Oleh kerana tidak dapat tempat penginapan di sini, kami sekadar melihat-lihat dan mengambil gambar sahaja. In syaa Allah, ada rezeki nanti bolehlah berkelah di pantai, menyaksikan matahari tenggelam dan matahari terbit!

Tempurung Seaside Lodge terletak di Kampung Tempurung, Kuala Penyu.



Inilah Rainbow Lodge yang terletak di kawasan berbukit menghadap laut.







Jom turun ke tepi pantai.

Sesuai dengan kedudukannya di Kampung Tempurung, sepanjang pantai Tempurung Seaside Lodge ini ditanam dengan pokok kelapa.




Rakam beberapa keping gambar buat kenangan.




Deburan ombak menghempas ke pantai!


Air laut kelihatan jernih berwarna keperakan apabila terkena pancaran matahari.






Memang asyik sungguh mendengar deruan ombak bergulung menuju pantai!

 
Tidak boleh terus berlama-lama di sini kerana kami perlu mencari tempat penginapan untuk bermalam.


Kami ke kaunter pertanyaan meminta bantuan sekiranya ada tempat penginapan yang berhampiran. Petugas kaunter memberikan kami nombor telefon Resort  XYZ. Amie pun menelefon ke Resort XYZ dan menempah sebuah bilik untuk satu malam. Kami terus menuju ke resort tersebut.

Apabila kami sampai, Encik Suami tidak mahu bermalam di situ. Tempat tersebut kelihatan usang dan terbiar. Ada dua buah kenderaan di pintu masuk. Apabila kami melihat ke bahagian dalam, barangkali disebabkan PKP jadi keadaannya nampak tidak terurus. Rumput tumbuh tinggi, daun-daun kering berguguran tidak bersapu.

Encik Suami terus memandu ke arah jalan besar dan meninggalkan tempat tersebut. Pada masa yang sama, Amie dapat mesej dari pihak resort yang menyebut tentang bayaran dan kedudukan resort kami. Amie balas, kami  meminta maaf dan terpaksa batalkan tempahan. Sekiranya pihak resort bertanya mengapa? Amie sudah sediakan jawapan : Keadaan resort tuan tidak terurus dan menyeramkan! Ya... sesungguhnya memang sesuai sangat kawasan resort tersebut dijadikan tempat penggambaran filem seram!

Kebetulan pula talian terputus-putus dan akhirnya putus terus! Tidaklah dapat balasan mesej daripada Resort XYZ. Apabila kereta kami berada di kawasan pekan Kuala Penyu, barulah dapat baca mesej balasan dari Resort XYZ yang tertulis : Tidak apa bah.
Syukur Alhamdulillah, sebab rasa bersalah juga sudah tempah tapi kami batalkan pula. Harapnya selepas ini pihak pengurusan Resort XYZ dapat memulihkan kembali keadaan resort yang tidak terurus itu. Dengar ceritanya Resort XYZ itu sebenarnya sebuah resort yang terkenal di daerah itu. Barangkali perniagaan mereka turut terjejas teruk  sepanjang PKP.


Kampung Tempurung kami tinggalkan, dan sekarang kami berada di Kuala Penyu.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4733


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>