Berulang kali Amie rujuk google, nama Uncle Mo Motel. Apabila guna waze untuk sampai ke tempat itu, keluar nama Uncle Ho Motel pula. Dalam perjalanan ke pekan Papar tiba-tiba terpampang perkataan Uncle Mo Motel di sebelah kiri jalan. Oleh kerana ada dua tujuan di pekan Papar iaitu mencari tempat penginapan dan makan, jadi kami lupakan dahulu perut yang sudah berkeroncong, sebaliknya patah balik ke Uncle Ho Motel.
Uncle Mo atau Uncle Ho?
Yang betulnya Uncle Ho Motel.
Tiada pilihan lain, hanya ada sebuah bilik berkatil king dengan harga RM128 satu malam. Kami terus daftar masuk. Bilik kami di tingkat satu, tiada pekhidmatan lift. Yang penting ada perkhidmatan wifi.
Uncle Ho Motel |
Tandas motel. |
Ini merupakan kali kedua kami bermalam di motel.
Kali pertama sewaktu bermalam di Sipitang, Pan Borneo Motel.
Encik Suami tidak lupa tugasnya masak air panas.
Bolehlah mengeteh atau mengopi... kupi-kupi dulu bah!
Kalau rasa was-was, boleh cuci cawan dan sudu, kemudian lap dengan tuala yang kami bawa sendiri.
Firdaus tidak sabar menjamah cheese kek lelehnya.
Kita pula tak sabar nak merasa lamb pie kegemaran!
Kita baru beberapa kali gigit dan letak dalam kotak sebab kita nak siapkan tugasan. Apabila kita nak makan lagi, hilang baki lamb pie kita. Huhuhuuuu.... !
Malam itu kita tidur termimpi-mimpi masuk Secret Recipe mencari lamb pie. Yang sangat lena sudah tentulah Encik Suami sebab senang hati kereta diletak betul-betul di hadapan pintu masuk motel!