Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4733

Sarapan Pagi di Restoran Sri Pantai Manis Papar

$
0
0

Pagi Isnin, 20 Disember 2021. Setelah cukup rehat, kami daftar keluar dari Uncle Ho Motel pada pukul 9:30 pagi. Pada sebelah malamnya sempat minta tolong Abang Farid tanya kawannya, orang Papar untuk minta cadangan kedai makan mana untuk kami kunjungi.  Katanya salah sebuah restoran yang terkenal di Papar ialah Restoran Sri Pantai Manis.

Tidak sukar untuk mencari restoran ini kerana petang kelmarinnya sewaktu pusing-pusing pekan Papar kami sudah ternampak restoran ini. Sewaktu kami tiba, memang penuhlah dengan pelanggan.


Amie terbaca ulasan pelanggan tentang restoran ini. Katanya salah satu menu yang sedap di sini ialah rojak dan kalau hendak makan sate kena pastikan datang awal sebelum jam 11 pagi. Amie cadangkan untuk makan rojak tetapi kata Encik Suami waktu pagi elok elakkan makan kuah kacang, takut perut meragam. Maklumlah selepas ini kami akan sambung perjalanan ke Kota Kinabalu pula. Kebetulan tempat duduk Amie berhampiran tempat orang bakar sate. Apabila kami nak beli, tuan punya sate kata, sate sudah habis dan dia sedang bersiap-siap untuk mengemas dapur satenya. Hanya ada lima cucuk sate sahaja berada di atas pemanggang! Itu pun sudah ditempah orang.  Ohoooo... belum pukul 10 pagi, sate sudah habis!

Nasi Goreng Ayam

Nasi Goreng Ayam ini Firdaus yang minta. Hirisan ayam tersembunyi di dalam nasi goreng. Banyak sayurnya. Habis pula Firdaus makan nasi goreng sepinggan!

Mihun Goreng Seafood

Mihun Goreng Seafood ini Encik Suami punya. Sama seperti Nasi Goreng Ayam, aksesorinya banyak bersembunyi di dalam mihun. Seperti biasa, sudah semestinya hidangan nasi goreng dan mihun goreng didatangkan bersama semangkuk kecil sup kosong.

Bakso Campur

Ini Bakso Campur. Sudah tentulah kita punya. Di bawahnya itu ada mihun, dan mewah dengan pelbagai aksesori seperti hirisan daging, ayam, dan bebola daging.Pagi-pagi hirup sup, ditambah dengan rasa pedas lada (sambal) memang merecik peluh!

Sama juga seperti keadaan di Kak Kiah Coffee House, kami tidak menunggu lama untuk menikmati menu pesanan masing-masing.

Restoran Sri Pantai Manis terletak di:
Lot 2, Jalan Papar Spur,
Papar Commercial Centre,
89600 Papar, Sabah


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4733


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>