Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4743

Bonda Steamboat Restaurant Kota Belud

$
0
0

Cik Zaiton membawa kami ke Bonda Steamboat Restaurant. Rupanya tempat ini tidak jauh dari Cabana Retreat! Sewaktu kami datang dan kemudian meninggalkan Cabana Retreat memang kami nampak tempat ini.

Gambar kenangan dengan Cik Zaiton di Bonda Steamboat.


Sebelum tiba di Bonda Steamboat, kami beberapa kali berpapasan dengan kumpulan-kumpulan lembu. Encik Suami terpaksalah memperlahankan kereta untuk memberi laluan kepada lembu-lembu tersebut. 
Cik Zaiton pula menelefon ke restoran untuk memastikan restoran dibuka pada hari itu. Alhamdulillah, katanya restoran dibuka dari jam 10 pagi sehingga 11 malam. 

Dalam perjalanan menuju ke Bonda Steamboat Restaurant, Cik Zaitun memberitahu kami sedang melalui perkampungan masyarakat Iranun. Untuk lanjut tentang komuniti Iranun, boleh klik di sini: BORNEO ORACLE : KAUM IRANUN SABAH


Kami tiba ketika hari hampir senja. Jangan risau kalau berada di sini, boleh tunaikan solat kerana ada disediakan surau. Kawasan restoran ini sangat luas. Amie sangat tertarik dengan hiasan dalamannya yang lain dari yang lain.


Bersebelahan dengan kaunter, disediakan tempat duduk yang unik! Ia seakan-akan tong drum!


Boleh duduk makan di sini jika mahu. Di hujung sana ada rice cooker berisi nasi putih.



Jom masuk ke bahagian dalam pula.











Pelbagai makanan sudah tersedia, dan hanya perlu memilih meja sahaja.


Banyak pilihan tempat duduk sama ada di bahagian dalam atau di bahagian luar.





Di bahagian luar pula tempat makan berhampiran dengan pantai.
Sambil menikmati hidangan, telinga dihiburkan dengan deburan ombak menghempas pantai.



Kami memilih untuk makan di dalam sahaja kerna lebih mudah untuk mengambil makanan tambahan.



Sudah tentulah Firdaus rasa sangat seronok berada di sini. Cik Zaiton pula rajin melayannya! Ketika sedang menikmati makanan, mata tidak lepas-lepas memandang haiasan dalaman yang kelihatan sangat unik. Menurut Cik Zaiton, pemilih Bonda Steamboat Restaurat ini berketurunan Iranun. Jadi, sudah semestinya identiti Iranun dipaparkan dalam hiasan dalaman restoran ini.


Inilah antara hiasan dalaman yang menarik perhatian Amie. Untuk menulis panjang lebar Amie perlu 'study' tentang masyarakat Iranun ini. Sebelum ini Amie pernah dengar tentang masyarakat Iranun tetapi belum pernah mempunyai 'kawan' dari komuniti ini.


Hiasan yang tergantung kelihatannya seperti bulu burung. Susunan kain yang direntang menjadi 'syiling' juga nampak berbeza dengan corak kain yang biasa kita lihat. Wah, nampaknya banyak khazanah budaya masyarakat Iranun yang perlu digali supaya kita lebih memahami budaya hidup mereka!




Corak sulaman  yang ditampal pada dinding memperlihatkan motif tertentu.


Bagi pencinta budaya sudah tentu datang ke sini merupakan pintu untuk memasuki khazanah bangsa yang tidak ternilai! Kalaulah Cik Zaiton itu orang Iranun, sudah tentu tak sempat makan Cik Zaiton dibuatnya untuk menjawab segala pertanyaan Amie. Cik Zaiton keturunan Kadazan.
Kedatangan kami ke sini rupanya membuka pintu rezeki lagi kerana ketika Cik Zaiton berbual-bual dengan pekerja di kaunter, rupanya di sini turut disediakan tempat penginapan. Cik Zaiton cadangkan kami menginap di sini sebelum kembali ke Lahad Datu. Memandangkan kami memang tidak menempah mana-mana hotel, jadi kami bersetuju untuk menginap selama satu malam di sini. Semua tarikh telah penuh ditempah, dan hanya ada satu tarikh sahaja iaitu pada 25 Disember 2022. Kebetulan pula waktu itu Abang Farid dan Aseeyah sudah berada di Kota Kinabalu. Semua chalet penuh, dan hanya tinggal lodge sahaja. Kami bersetuju untuk menginap di lodge.
Selepas kenyang menikmati hidangan laut  di Bonda Steamboat kami pulang ke pekan Kota Belud, bermalam di Yang Dynasty Lodge.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4743


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>