Apabila kami melintasi jalan di Kampung Tempasuk, tiba-tiba Firdaus meminta kami berhenti di Karanahan View. Katanya dia hendak melihat arnab. Rupanya budak kecil ini teringat tahun lepas kami pernah berkunjung ke sini.KARANAHAN VIEW KOTA BELUD. Kami pun layankan sajalah kehendaknya itu.
Kali ini agak ramai juga pengunjung berada di sini berbanding tahun lepas sewaktu kami datang.
Kerja-kerja penyelenggaraan masih giat dilakukan di beberapa bahagian.
Surau pun disediakan di sini.
Ada aktiviti sedang dijalankan di sini.
Kita teruskan tujuan iaitu menemani Firdaus melihat arnab.
Untuk ke kandang arnab, kena berjalan ke bahagian belakang melalui tasik.
Sekarang Firdaus sudah sampai ke kandang arnab.
Tak sabar dia nak bagi makan arnab.
Selain puas memberi makan dan bermain dengan arnab, Firdaus tidak lepaskan peluang melihat burung.
Tiba-tiba kita terpandang Firdaus sedang ambil gambar Encik Suami.
Kita pun tumpang sekaki dan di bawah ini gambar hasil bidikan Firdaus.
Tidak lama kemudian, Cik Zaiton telefon tanya di mana kami berada. Amie kata kami akan bergerak ke Peranauan Inn D'Sangkir. Cik Zaiton minta kami menunggu kedatangannya. Katanya, dia hendak belanja kami makan tengahari di sana. Oh! Semalam sudah belanja kami makan di Bonda Steamboat Kampung Rampayan Laut, hari ini hendak belanja makan tengahari pula di Peranauan Inn D'Sangkir. Rezeki Allah, siapalah kami untuk menolaknya.