Selepas shopping dan makan tengahari di 1 Borneo Hypermall kami terus menuju ke Penampang. Alhamdulillah, tidak ada kesukaran untuk mendapatkan penginapan untuk sebelah malamnya kerana Amie sudah menempah sebuah bilik di D'ARC Hotel sewaktu shopping di 1 Borneo. Seronok sungguh apabila mendengar jawapan : Banyak bilik kosong di sini. Puan mahu bilik jenis apa?
Jom teruskan pemanduan ke daerah Penampang yang terletak di pantai barat Sabah, bersebelahan dengan Kota Kinabalu. Oleh kerana gambar mercu tanda yang Amie rakam tidak sempurna (goyang) jadi Amie pinjam dari Google.
Sumber : Google |
Setelah daftar masuk, terus naik lift. Buka pintu bilik, mata terpandang tiga pasang selipar pelbagai warna di dinding bilik air.
Bilik kami menghadap arah matahari. Cuaca agak panas ketika itu.
Bagaimana pun kami berasa selesa bermalam di sini.
Bantal pun banyak!
Setiap kepala dapat dua buah bantal.
Ini sudut kegemaran Encik Suami!
Bilik airnya bersih dan selesa.
Petang itu kami bercadang untuk dobi pakaian. Sebelum itu Encik Suami menelefon Fairuz. Haaa... baru muncul watak Fairuz. Sebenarnya Fairuz berada di Penampang, sibuk dengan perniagaan ikan bersama abang-abang sepupunya.
Firdaus tak sabar nak jumpa Fairuz.
Kita pun rindu nak peluk anak bujang kita.
Sempat tangkap gambar sebahagian bangunan D'ARC Hotel.
Tertarik dengan replika tengkolok versi Kadazan Dusun Sabah. Ia dipanggir sigar dan diperbuat daripada kain destar. Ada masa nanti kita cerita tentang keunikan sigar ini.
Jadi, pinjamlah lagi sekali gambar dari Google.
Sumber : Google |