Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4741

Anak Buah Belanja Makan Malam

$
0
0

Abang Aznan (anak buah Encik Suami) beritahu kami, kalau Abang Farid dan Aseeyah sampai ke Kota Kinabalu, dia akan belanja kami makan malam. Jadinya, sebaik sahaja pulang dari Pantai Tanjung Aru ke condotel, kami segera bersiap untuk ke Pasar Malam Sinsuran. Walaupun ada beberapa tempat makan di tepi laut, nampaknya di sinilah tempat pilihan.

Makan malam di Pasar Sinsuran Kota Kinabalu

Empat keluarga gabung tiga meja makan.


Kali ini Firdaus sibuk memilih udang harimau pula.


Baik-baik dik!
Putus nanti janggut udang orang tu!


Masing-masing memilih makanan yang digemari.
Malam itu kami seramai 16 orang menjamu selera di sini.


Ada yang memilih ketam masak kam heong ( atas) dan ketam masak cili (bawah). 



Latok ini pilihan Amie. Ada dua jenis sos sebagai pencecah iaitu air asam dan belacan.


Udang goreng butter basah ini sudah tentunya pilihan kami untuk Abang Farid.
Puaslah malam itu Abang Farid meratah udang butter basah.


Udang masak sambal, kakak ipar punya.


Sayur baby kailan, kami punya.


Sotong goreng telur masin kegemaran Abang Farid.


Sotong goreng salut tepung, kami punya.
Kalau ambil sotong saiz besar, kejadiannya seperti di bawah. Sotong tepung salut tepung ini anak buah punya pesanan. Kakak ipar pun pilih saiz sotong yang sama. 

Sotong goreng salut tepung.

Ikan putih bakar.

Ikan goreng masak tiga rasa.


Ini kerang bakar.
Siap dibuang cengkerang sebelahnya.


Ini kepah. Agaknya kepah masak sos... ahaks!


Ini siput abalon.

Siput abalon masak tumis halia.

Jom cuba makan siput abalon masak tumis halia. Rasanya liat-liat dan kenyal. Kalau gigi orang muda memang bolehlah mengunyah sampai lumat!


Terima kasih Abang Aznan kerana belanja kami makan malam.
Moga perniagaan Abang Aznan bertambah maju serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan urusan keluarga, anak dan isteri.



Dua beradik ini anak-anak buah kami. 
Mana satu Abang Aznan yang belanja kami makan itu?



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4741


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>