Amie abadikan pengalaman mendaki Gunung Kinabalu dalam bentuk cerpen. Amie gantikan watak diri sendiri dengan watak Firdaus (umur 10 tahun) untuk sesuaikan tema cerpen kanak-kanak. Alhamdulillah, cerpen tulisan Amie bertajuk Kabus di Bawah Bayu telah diterbitkan bersama 10 orang penulis di bawah naungan SYFE.
Antologi Cerpen Kanak-Kanak : Kembara di Borneo |
Pertama kali menghasilkan cerpen kanak-kanak bukanlah semudah yang disangka! Maklumlah selama ini biasa menulis dalam blog gunakan bahasa orang tua.... ahaks! Apabila menulis cerpen kanak-kanak terpaksalah belajar menulis ayat yang mudah difahami oleh kanak-kanak pula. Proses menulis cerpen kanak-kanak terasa sangat mencabar kerana perlu diolah sesuai dengan usia, tahap pemikiran dan pencapaian bahasa kanak-kanak. Walaupun banyak kali tersasul, tetapi proses edit-mengedit berkali-kali membantu memperhalusi hasil karya tersebut. Binaan ayat tunggal perlu selalu digunakan (walaupun selalu tersasul) dan pemilihan perkataan juga hendaklah yang biasa digunakan oleh kanak-kanak.
Kita pilih negeri Sabah dan Gunung Kinabalu sebagai latar cerita kerana itulah yang paling dekat dengan kita untuk memenuhi tema Kembara di Borneo. |
Kabus di Bawah Bayu |
Sekali terjebak menulis cerpen kanak-kanak, seolah-olah datang semangat pula untuk menghasilkan karya seterusnya. In syaa Allah.
Kenangan 2014 - kali ketiga mendaki Gunung Kinabalu bersama rakan-rakan sekerja. |
Kali pertama menjejak puncak Gunung Kinabalu pada tahun 1992. Pakai baju 5 lapis, pakai seluar 3 lapis! |