Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4743

Makan Coto Makassar di Telupid

$
0
0

Firdaus cuti sekolah selama seminggu. Demam dan batuk. Kita pula selepas suntikan booster 3 terpaksa ambil cuti sehari sebab demam. Badan rasa panas sejuk saja selama beberapa hari. Menjelang cuti CNY, Encik Suami ajak jalan-jalan. Oleh kerana perjalanan tidak dirancang lebih awal, agak kalut jugalah buat persiapan.

Pagi Sabtu, 29 Januari 2022 kami tinggalkan rumah. Kami hantar dahulu kura-kura peliharaan Firdaus  ke rumah adik ipar di kampung. Begitu begini, pukul 8:30 barulah kami bertolak dari Lahad Datu. Seperti yang diduga, jalan yang dilalui tidaklah seindah yang dibayangkan. Ada masanya terpaksa melalui jalan berlubang, lopak dan sebagainya. Encik Suami bawa kereta perlahan saja. Melihat beberapa buah kereta yang rosak di tepi jalan kerana terlanggar lubang, hati menjadi bimbang. Ada yang pecah tayar! Biarlah pandu lambat asalkan selamat sepanjang jalan.

Perut mula pedih sebab belum beralas. Kami hanya bawa air mineral dan biskut sahaja.  Cadangnya hendak bersarapan di Restoran Saiful di pekan Telupid. Akhirnya pukul 12:30 barulah tiba di situ!

Alhamdulillah. Coto Makassar idaman kita masih ada! Walaupun sudah tengahari tetapi kami tidak berhasrat untuk makan berat. Cukuplah alas perut dengan hidangan panas berkuah.

Coto Makassar

Restoran Saiful 

Bakso Campur

Encik Suami makan bakso campur. Nampak ada hirisan ayam, perut dan juga pentolan.

Mihun Sup Ayam

Firdaus makan mihun sup ayam. Sama seperti mihun sup di gerai Kundasang, ada hirisan sawi manis yang rangup ditabur di atasnya.

Coto Makassar

Kita nak makan Coto Makassar.
Nampak pekat kuahnya dan masih panas berasap.


Alhamdulillah. Dapat juga merasa Coto Makassar yang sedap. Beberapa tahun yang lalu kita pernah singgah sini juga dan makan coto yang sama.

Selepas makan, kami teruskan perjalanan menghala ke Ranau.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4743


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>