Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4746

Makan Nasi Goreng dengan Sup Isi Ikan di Restoran Nalapak

$
0
0

Setelah hampir dua jam mandi menemani Firdaus mandi sungai dan memberi makan ikan, kami pun tinggalkan Tagal Kampung Nalapak. Perut mula berkeroncong. Rupanya sarapan lempeng agi tadi tidak begitu mengenyangkan.... ahaks! Berpandukan petunjuk yang diberikan oleh pekerja di Tagal Kampung Nalapak, kami singgah di Restoran Nalapak yang terletak di kiri jalan.

Menu yang ditawarkan pun biasa-biasa sahaja. Kami memesan:

  • Nasi Goreng Lalap
  • Nasi Goreng Ikan Masin
  • Sup Isi Ikan
Firdaus tidak mahu memesan makanan walaupun ditanya berkali-kali. Dia hanya minta minuman sahaja.

Tidak lama kemudian datanglah Nasi Goreng Lalap dan Sup Isi Ikan. Sup Isi Ikan didatangkan dengan sepinggan nasi putih. Ada hirisan timun di dalam Sup Isi Ikan. Kata Encik Suami memanglah disertakan nasi, bukannya sup sahaja. Oleh kerana Amie menunggu nasi Goreng Ikan Masin jadi Amie cuba suapkan Firdaus nasi putih dengan Sup Isi Ikan. Sedap sungguh Sup Isi Ikan, tapi Firdaus hanya makan dua sudu nasi sahaja.

Lama pulalah Nasi Goreng Ikan Masin nak sampai ke meja. Amie terus hirup Sup Isi Ikan hingga habis semangkuk. Encik Suami juga sudah habis makan nasi Goreng Lalap. 

Sup Isi Ikan


Nasi Goreng Lalap

Kami panggil pekerja restoran yang mengambil pesanan dan bertanyakan Nasi Goreng Ikan Masin.
"Oh, mau nasi goreng jugakah?" tanyanya.
Aduhai!
Kalau ikutkan hati memanglah nak bahasakan sahaja, tapi sebab lapar dan Sup Isi Ikan tadi sedap, kita pun mengiyakan saja. Sewaktu ambil pesanan, entah apa yang ditulisnya. Tidak  sampai berapa minit  kemudian datanglah sepinggan Nasi Goreng Ikan Masin.

Nasi Goreng Ikan Masin

Nasi Goreng Ikan Masin yang masih panas berasap terasalah enaknya! 
Bolehlah singgah makan di sini kalau ada rezeki jalan-jalan lagi.


Budak satu ini bertingkah lagi!
Tak mahu makan dan buat muka monyok.
Apabila kita tanya berkali-kali, inilah jawabnya: 
Kenapa cepat sangat mandi sungai? Daus nak main-main dengan ikan.
Aduhai sayang!
Teruskanlah merajuk sampai ke Kota Kinabalu.

Restoran Nalapak


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4746


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>