Di simpang masuk Kampung Pinausok sebelum menaiki selekoh berbukit-bukit menuju ke Jasni Rijan Resort, ada sebuah restoran yang agak unik. Restoran ini terdiri daripada beberapa buah bas terpakai dan pelanggan boleh menikmati hidangan di dalam bas tersebut. Tempat makan di dalam bas ini dinamakan BW Bus Restaurant.
Memandangkan kami datang pada waktu malam, tidaklah dapatrakan banyak gambar. Kebetulan pula restoran hanya beroperasi sehingga pukul 8 malam sahaja.
Salah sebuah bas yang dijadikan tempat menikmati hidangan. |
Para pengunjung dikehendaki daftar masuk di sini. Setiap seorang dikehendaki membeli tiket berharga RM5.00 setiap satu. Jika hendak membeli makanan, boleh terus pesan di kaunter. Harga makanan akan diberi diskaun dengan menolak harga tiket yang dibeli. Pelanggan hanya perlu naik ke bahagian atas, dan duduk di dalam bas menanti hidangan masing-masing.
Oleh kerana restoran akan tutup tidak lama lagi, jadi hidangan yang ditawarkan pun banyak yang sold out. Terpaksalah memilih apa yang ada sahaja.
Bus Ticket : RM5.00 |
Jom kita naik tangga menuju ke bas yang telah ditetapkan.
Pemandangan dari atas bas.
Agak-agaknyalah, berapa tahun tak pernah naik bus?
Terakhir kali Amie naik bas ekspress dari Lahad Datu - KK - Lahad Datu pada tahun 2018 (kalau tak silap) kerana menguruskan visa di India Visa Centre di Kota Kinabalu.
Sudah tentulah ini merupakan pengalaman kali pertama Firdaus naik bas.
Tempat duduk penumpang bas sudah diubahsuai menjadi meja makan pelanggan.
Pesanan pertama tiba, minuman strawberri pilihan Firdaus.
Kemudian disusuli pula dengan Fried Onions Rings.
Tak tahulah kenapa Firdaus suka sangat makan bawang goreng!
Baik pula hatinya malam itu mahu berkongsi onions rings dengan Encik Suami.
Balckpepper Beef |
Tidak lama kemudian, datang menu pesanan Amie iaitu nasi putih lauk blackpepper beef.
Ada telur goreng mata sebelah dan hirisan kobis ungu, kobis putih serta lobak.
Garlic Soy Chicken |
Dan hidangan terakhir sampai sudah tentulah untuk Encik Suami. Sama juga dengan Amie, Encik Suami minta nasi putih makan dengan Garlic Soy Chicken.
Hidangan nasi putih bersama garlic soy chicken ini juga didatangkan bersama sayur siew pak choy dan telur goreng mata sebelah.
Agaknya kalau kami datang awal sedikit tentu boleh memesan hidangan lain.
Oleh kerana sudah tahu lokasi restoran ini, lain kali bolehlah singgah lagi.