Tahun ini sudah beberapa kali makan sate sama ada di Tawau atau Lahad Datu. Tiba-tiba perasan pula saiz sate semakin mengecil. Harga masih dikekalkan seperti sebelumnya.
Kami biasa makan sate di tempat yang sama. Kalau dahulu ada 3 ketul ayam untuksatu cucuk sate. Sekarang hanya tinggal dua ketul sahaja. Harganya masih sama iaitu RM1.00 secucuk. Sate daging pun dikurangkan jumlah ketulannya, dan harganya juga sama iaituRM1.50 sen secucuk.
Seboleh-bolehnya nak rakam gambar sate untuk dijadikan entri biarlah nampak menggiurkan selera. Jadi kita zoom dekat-dekat supaya nampak lebih jelas.
Kenaikan harga barang sekarang ini sangat memberi kesan kepada para peniaga makanan. Serba salah dibuatnya kan. Nak buat sate seperti biasa dengan harga yang sama tentu penjual sate terpaksa tanggung kerugian. Nak naikkan harga nanti pelanggan lari pula. Akhirnya beginilah keputusan yang diambil.
Dalam hal ini pembeli pun kena membuat pertimbangan. Tiada yang murah sekarang ini. Mudah-mudahan masalah kenaikan harga barang terutama makanan akan dapat diselesaikan tidak lama lagi.