Quantcast
Channel: Amie's Little Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4756

Borneo Royale Hotel

$
0
0

Pada hari Sabtu lepas, Encik Suami bawa Firdaus ke Hospital Lama Lahad Datu untuk suntikan vaksin. Pada masa yang sama Encik Suami suntik booster pula. Alhamdulillah, kedua-dua anak-beranak sihat walafiat. Keesokannya Encik Suami tunaikan janji bawa Firdaus jalan-jalan ke Tawau.

Biasanya Firdaus akan bercerita sepanjang perjalanan, tetapi kali ini tidak sampai 15 minit sembang, dia terus tidur sambil memeluk bantal busuknya sampailah ke Tawau.

Sumber : Google

Perjalanan dari Lahad Datu ke Tawau mengambil masa selama dua setengah jam. Ketika menghampiri bandar Tawau, hujan turun dengan lebatnya. Apabila hujan, rasa tak berasa selesa untuk singgah di mana-mana  dan keluar dari kereta. Kami terus menuju ke Jalan Kuhara untuk daftar masuk ke Borneo Royale Hotel.

Borneo Royale Hotel terletak di Eastern Plaza:
Mile 1, Jalan Kuhara, 91000 Tawau, Sabah.


Ruang menunggu di Borneo Royale Hotel.


Firdaus lepak dulu di sini.


Tak sempat nak melihat lebih dekat tentang sepasang kerusi di sudut lobby.


Firdaus tidak sabar untuk masuk ke bilik.


Di sinilah kami bermalam, dalam suasana dingin kerana siang dan malam hujan turun.


Walaupun daftar masuk pada pukul 2:15 petang tetapi bilik agak gelap kerana di luar cuaca mendung. Kenalah buka lampu untuk menerangi suasana suram.



Suasana yang suram begini memang menggamit mata untuk lelap!



Firdaus masih ingin menyambung tidurnya.


Kami biarkan budak kecil ini sambung tidur seketika lagi.


Warna tema bilik kami ialah putih dengan sentuhan warna merah di kepala katil.


Sterika pun warna putih.



Sudut kegemaran Encik Suami, cerek sudah menunggu untuk diisi air!



Peti sejuk mini masih kosong. Biasanya Firdaus suka isi dengan minuman tin. Nanti kita beli buah dan minuman ye sayang.


Bilik air agak luas dan selesa.




Antara kelengkapan yang disediakan termasuklah set berus dan ubat gigi, shaving kit, vanity kit dan sikat rambut.


Shower gel, shampoo dan losyen badan.


Nampaknya tuala tidak disediakan di bilik kami. Kebetulan ada pekerja sedang membersihkan bilik hotel di sebelah, jadi Amie minta tuala daripadanya. 


Sekarang kami sudah ada tuala. 
Biasanya kami bawa tuala kecil dan tuala besar dari rumah,  tetapi kali ini lupa pula nak bawa.


Selepas solat Asar, kami turun ke bawah. Ada pintu bersambung masuk ke shopping mall. Jom cuci mata di situ.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4756


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>